Harga emas menunjukkan trend menaik akhir-akhir ini. Ramai yang bertanya, sesuai ke beli emas sekarang? Soalan ini subjektif kepada individu tapi saya ada 3 tips elak rugi sebagai guideline untuk anda.
Tips #1 Beli sedikit (contoh 1 gram), monitor harga, jika turun, tambah, jika naik, stop dulu.
Konsep monitor harga ini sesuai untuk kita ‘play safe’. Cara selamat untuk elak terkena harga terlalu tinggi. Sebaiknya harga dipantau setiap hari. Join channel Telegram Emas2U untuk makluman harga emas harian.
Kalau anda perasan, tips no 1 ini sama seperti tips yang saya kongsi jika harga rendah di Harga Emas Rendah, Baca 3 Tips Ini Untuk Elak Rugi. In fact, ini salah satu praktis yang saya dan kebanyakan penyimpan emas amalkan.
Tips ini lebih sesuai diamalkan untuk simpanan akaun emas Gold Accumulation Program. Tak sesuai untuk belian emas fizikal. Follow cara mudah buka akaun GAP tanpa perlu ke cawangan.
Tips #2 Sentiasa Baca Berita & Update Emas
Berita terkini tentang emas banyak membantu kita dalam membuat pertimbangan untuk pembelian emas seterusnya. Saya sendiri banyak membaca berita dan analisa harga emas di Kitco.com.
Bukan sahaja kita boleh tahu harga emas semasa tetapi punca kenaikan/penurunan harga emas, jangkaan harga emas oleh pakar ekonomi, bicara teknikal graf harga emas. Dah tahu sebab apa harga emas naik? Haa, baca news di Kitco.com atau di sini.
Tips #3 Berkira-Kira Untuk Pembelian Bajet Besar
Of course penyimpan emas kena buat yang ni. Especially kalau kita nak beli gram besar. Pantau harga dan fikir dua kali sebelum buat belian bajet besar.
Bajet besar tu berapa? Soalan ini subjektif kepada individu. Ada orang RM1000 baginya dah cukup besar, ada orang RM10,000 tu biasa-biasa lagi. So lihat kemampuan diri dan ingat, beli emas ni, gunakan duit saving yang kita takkan spend dalam masa terdekat.
Dan bukan 100% saving ditukar jadi emas tau!
“Then berapa percent Muhaimin?”
Ada formulanya, saya pernah kongsikan di “Berapa RM Perlu Belanja Untuk Simpan Emas?” Ini Nasihat Pakar.
Semoga 3 tips ini membantu memberi kefahaman kepada anda tentang simpanan emas serta dapat elak rugi. Semoga bermanfaat!