, , ,

Harga Emas Rendah. Baca 3 Tips Ini Sebelum Membeli Untuk Elak Rugi

Ya benar harga emas tengah rendah. Tapi jangan sampai anda dikaburi dengan tawaran harga murah tapi tanpa sedar anda rugi. Baca 3 tips ini bagi mengelak kerugian

Ya benar harga emas tengah rendah. Tapi jangan sampai anda dikaburi dengan tawaran harga murah tapi tanpa sedar anda rugi. Baca 3 tips ini bagi mengelak kerugian

harga emas turun

Mulai bulan Februari 2021 harga emas dilihat turun rendah secara mendadak. Kenapa harga turun? Saya ada tulis 2 sebabnya di Harga Emas Februari 2021 Turun Menjunam 2 Kali, Ini Puncanya dan di Harga Emas Turun Menjunam Pada 26 Feb 2021, Ini 2 Sebabnya.

Oleh sebab itu, ramai yang ambil peluang tambah simpanan emas. Puluhan mesej team Emas2U terima setiap hari daripada penyimpan-penyimpan emas untuk tambah atau mula simpanan. Kami layan dengan baik semampu kami.

Walaubagaimanapun, saya nak kongsi 3 tips penting sebelum anda hendak membeli emas pada harga rendah ini. Ini bagi mengelakkan kemungkinan sebarang kerugian okay.

Tips #1 Beli sedikit (contoh 1 gram), monitor harga, jika jatuh lagi, tambah lagi.

Dengan cara ini, at least kita dapat merasa harga emas yang rendah tersebut dan bila harga terus turun, kita masih berpeluang menambah simpanan.

Cara ini lebih sesuai untuk simpanan akaun GAP ya, tak sesuai untuk belian emas fizikal. Ini sebabnya.

Tips #2 Buat belian besar jika ada bajet

Jika Tips #1 sesuai untuk akaun GAP, Tips #2 pula sesuai untuk emas fizikal. Big buy terus bila harga menjunam ke dasar. Ini kerana, lebih besar gram yang kita beli, lebih rendah harga per gram.

Kalau nak beli emas fizikal, formulanya lebih besar gram yang kita beli lebih baik sebab (1) lebih rendah harga per gram, (2) lebih rendah caj GP per gram dan (3) lebih rendah % spread bila jual semula.

Maksudnya 10g x 10 unit tak sama dengan 100g x 1 unit dari segi nilainya walaupun jumlah berat sama

Tapi ada customer prefer kecil2 sebab senang nak agihkan kepada anak2/famili atau jual sikit2. So lihat keperluan kita, dan ikut kemampuan

Cuma risikonya, tak tahu jika harga akan turun lagi

Tips #3 Jangan terlalu gelojoh

Saya rasa ini paling penting. Jangan buat pembelian panik jika harga turun dan make sure beli emas, gunakan duit saving yang kita takkan spend dalam masa terdekat.

Selain itu, pelbagaikan pelaburan. Bukan semua duit kita tukar jadi emas tau! Saya baru share tentang Pelaburan ASB vs Emas, Mana Lebih Untung? sebelum ini. Fahamkan.

Alright, saya harap 3 tips ini membantu memberi kefahaman kepada anda untuk decide sama ada nak beli ya. Semoga bermanfaat!

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
Whatsapp / Call 012-230 2158