Emas2U – Pelaburan emas boleh memberikan pulangan yang tinggi, jika betul caranya. Sebaliknya jika tidak faham, pelaburan tersebut boleh menyebabkan penyimpan mendapat pulangan rendah atau mungkin juga rugi. Ini 3 mindset yang perlu ada sebelum membeli emas.
Mindset #1: Ilmu Pelaburan & Simpanan Emas
Yes. No 1 ialah ilmu. Wajib ada ilmu. Wajib tahu kenapa penting simpan emas. Apa kelebihannya berbanding aset lain seperti wang dan hartanah. Dan macam mana nak pastikan kita boleh dapat pulangan tinggi dengan simpanan emas. Semua tips pelaburan emas, persoalan asas dan kepentingan emas ada dimuatkan dalam ebook Emas A-Z keluaran Emas2U.com percuma di sini. Lekas download sementara ia masih diberikan percuma.
Selepas kepentingan emas, kita juga wajib faham persoalan penting antaranya kualiti emas yang macam mana sesuai untuk pelaburan, dengan bajet yang ada, jenis apa yang sesuai dibeli, bagaimana nak beli, bagaimana nak tahu pelaburan emas atau pelaburan scam, cara kira pulangan simpanan emas, dan banyak lagi lah.
Sebab itu, sertai kami di team Emas2U, ini 3 sebabnya. Anda akan dibimbing sebelum membeli emas, semasa membeli emas dan selepas membeli emas. Kami support seluruh Malaysia. Best ke best?
Mindset #2 Simpanan Emas Lebih Sesuai Long Term & Tidak Menjanjikan Pulangan/Dividen
Ramai penyimpan baru menyangka mereka boleh dapat pulangan dalam masa yang singkat.
Simpanan emas sesuai disimpan jangka masa panjang. Short term kurang sesuai sebab harga emas ada turun naik dan bila nak jual, kedai akan tolak susut nilai atau spread. Apa itu spread? Refer Mindset #3.
Pelaburan emas tiada dividen seperti pelaburan wang, ianya 100% bersandarkan kepada harga emas dunia. Pulangan kita akan dapat bila jual semua pada harga tinggi dan selepas tolak spread).
Pelaburan emas tak sepatutnya menjanjikan pulangan kerana pulangan pelaburan emas kita terima bila jual semula pada harga tinggi. Jika ada yang menjanjikan pulangan sebegini, boleh jadi ia bukan pelaburan emas tetapi pelaburan wang. Atau ada kemungkinan ia adalah scammer.
Psst, sebenarnya ada rahsia jana pendapatan short term. Tapi kena ada skill tau, jangan memandai je.
Mindset #3 Spread Value Bila Menjual Emas
Spread Value, atau Susut Nilai. Ramai yang terlepas pandang perkara ini.
Sebagai penyimpan emas, wajib faham yang ni. Bila nak jual emas kita, Public Gold (dan mana-mana kedai emas sekalipun) akan tolak spread value untuk cover profit.
Spread % Public Gold GAP: 8-10%
Spread % Public Gold fizikal: 6-9%
Public Gold antara syarikat yang offer spread value rendah. Ada kedai yang spreadnya sekitar 30%!
Cara Kira Nilai Susut (Spread Value) Emas
Saya harap anda mempunyai 3 mindset di atas sebelum mula membeli emas.
Ada bantahan? Boleh roger Muhaimin 😀