Saya ditanya, bila waktu sesuai beli emas dalam rancangan FB Live: Borak Santai Show baru-baru ini. Ini jawapan simple saya.
Sebenarnya itu bukan kali pertama saya ditanya begitu.
Ramai yang bertanya especially beginner yang baru nak kenal emas.
Jawapan saya:
Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit saving yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, tak siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi.
Dan bukan itu sahaja, saya juga turut menasihati dengan 3 nasihat berikut:
- Gunakan duit saving yang kita takkan spend dalam masa terdekat. Yang terbaik adalah 10-30% dari saving. More info di sini.
- Beli emas jangan sehingga ada beban kewangan. Utamakan komitmen yang lebih penting terlebih dahulu
- Perlu ada mindset simpan emas secara long term, short term tak sesuai (kecuali jika berlaku fenomena kenaikan mendadak seperti tahun 2020)
Video:
Bullion By Post juga ada share jawapan yang sama di sini.
Alright, jika anda juga pernah bertanya “Bila terbaik nak beli emas?”, inilah jawapannya.