Emas2U – Sebelum kita buat pelaburan emas, hendaklah kita faham terma dan syarat yang dikenakan, caj-caj yang perlu kita bayar dan kelebihan yang kita akan terima. Ini perbandingan 3 akaun emas Public Gold, Maybank dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).
Mana yang lebih sesuai untuk dijadikan pelaburan? Mari kita lihat apakah pesamaan dan perbezaan antara akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold, akaun emas Maybank Gold Investment Account (MGIA) dari Maybank dan akaun emas Muamalat Gold-i dari Bank Muamalat BMMB:
Kriteria | Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold | Maybank Gold Investment Account (MGIA) | Akaun Muamalat Gold-i BMMB |
1. Harga Mula | Serendah RM100 atau 1 gram | 1 gram | Serendah RM10 |
2. Caj Simpanan | Tiada | Tiada | Tiada |
3. Cara Daftar | Di cawangan sahaja | Di cawangan sahaja | |
4. Kualiti Emas | 999.9 (aka 24k) | 999.9 (aka 24k) | 999.9 (aka 24k) |
5. Baki Minimum | 1 gram | 1 gram | 1 gram |
6. Harga | Termasuk caj upah | Belum termasuk caj upah | Belum termasuk caj upah |
7. Patuh Syariah? | Ya | Ada. Rujuk di sini | Ya |
8. Jual / Tebus? | Boleh jual melalui sistem, rujuk sini, video tutorial Boleh tebus jadi fizikal | Boleh jual untuk dapat cash Boleh transfer credit ke akaun simpanan | Boleh tebus jadi fizikal jika akaun melebihi 10 gram, ada caj pertukaran |
Diharap perbandingan di atas sedikit sebanyak membantu anda membuat keputusan untuk pelaburan emas. Selain info di atas, sebelum membuka akaun emas atau membeli emas, pastikan anda lihat dan kaji 3 kriteria ini dan 7 perkara ini.
Emas2U juga pernah membuat perbandingan akaun emas GAP Public Gold dan akaun emas Muamalat Gold-i oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) di sini dan perbandingan akaun emas GAP Public Gold dan akaun emas Maybank Gold Investment Account (MGIA) di sini.
Sumber akaun emas Maybank: Maybank MGIA PDS dan Maybank MGIA Agreement
Sumber akaun emas Bank Muamalat: Facebook Muamalat Gold-i dan website Brochure akaun emas Gold-iBank Muamalat Malaysia Berhad,
Jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam perbandingan di atas, mohon ajukan kepada Muhaimin untuk pembetulan.
Semoga bermanfaat. Ingat, sebelum beli emas, mesti ada ilmu.
Pingback:8 Perbandingan Akaun GAP Public Gold & Akaun Maybank Gold Investment MGIA – Emas2U – Tips Pelaburan Emas