, , ,

Public Gold Tak Patuh Syariah & Amal Riba? Ini 3 Point Yang Perlu Anda Faham

Benarkah terdapat dakwaan bahawa Public Gold sebenarnya tidak patuh syariah dan mengamalkan riba melalui program bayaran ansuran EPP Syariah dan Gold Accumulation Program (GAP)? Wah, berat tuduhan ni. Ini 3 penjelasan yang perlu anda fahami

Emas2U – Benarkah terdapat dakwaan bahawa Public Gold sebenarnya tidak patuh syariah dan mengamalkan riba melalui program bayaran ansuran EPP Syariah dan Gold Accumulation Program (GAP)? Wah, berat tuduhan ni. Ini 3 penjelasan yang perlu anda fahami

#1 Public Gold Terima Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisor

Public Gold telah menerima sijil patuh syariah bagi outright purchase (pembelian terus), pembelian secara ansuran EPP dan penjualan semula. Kita boleh beli insyaAllah disebabkan kaedah “EPP Shariah” ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd yang diketuai oleh Datuk Mohd Daud Bakar.

Sijil pengesahan patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisor Sdn. Bhd. yang merupakan penasihat syariah Public Gold.

#2 Penjelasan Kepatuhan Shariah

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

#3 Penjelasan Kepatuhan Syariah Bagi Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah:

(1) Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

(2) Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

(3) Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

(1) Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.

(2) GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

(3) Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

(4) Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

(5) Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

(6) Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

(7) Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

(8) Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.

(9) Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

(10) Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

(11) Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

(12) Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was.

Wallahua’lam.

sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
Whatsapp / Call 012-230 2158

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *