, ,

Kenapa Ramai Beratur Beli Emas Walaupun PKP?

Nak tahu kenapa masih ramai orang sanggup beratur panjang di kedai emas pada musim PKP ini? Ini 3 sebabnya.

beli emas pkp
Kredit foto: FB Nordin Hasan

Walaupun PKP sering dikaitkan dengan isu-isu seperti mengalami kehilangan kerja, pendapatan yang terhad dan kesulitan hidup, wujud juga golongan yang memilih untuk menyimpan aset emas. Kenapa? Menurut kajian;

#1 Aset Simpanan Yang Lebih Kukuh

Covid-19 telah memberi tamparan hebat kepada kemelesetan ekonomi global. Menurut Kitco.com, faktor ini telah menyebabkan ramai pelabur mula beralih ke aset yang lebih kukuh, antaranya emas dan perak.

Pakar kewangan terkenal dunia, Robert Kiyoski juga menyarankan untuk kita menyimpan aset emas dan perak. In fact, pada tahun 2020 dalam sebuah temuramah, beliau menasihatkan agar membeli perak.

Sejak sekitar Mac 2020, harga emas mula naik mendadak tetapi yang lebih menghairankan semakin ramai membeli emas walaupun harga naik tinggi.

Kemudian pada hujung tahun 2020 pula kita menyaksikan harga emas turun mendadak (baca sebab harga emas turun di sini) antaranya disebabkan pengumuman penemuan vaksin Covid-19. Ini telah menyebabkan lebih ramai penyimpan emas tambah simpanan mereka kerana harga emas yang rendah adalah umpama harga sale bagi mereka!

Antara petikan akhbar kedai emas diserbu

serbu kedai emas

Utusan Malaysia: Kedai Emas Kena Serbu

Berita Harian: Gila Emas

Kosmo!: Kedai emas Lembah Klang diserbu 100 pelanggan sehari

#2 Pelbagaikan Pelaburan

Dalam waktu sukar ini dan di kala wang dilihat lemah, ramai bertindak untuk pelbagaikan pelaburan. Pelaburan wang, pelaburan emas, dan pelaburan hartanah.

Ini kerana setiap pelaburan tersebut ada kekuatan masing-masing pada waktu yang berbeza. Pelaburan wang penting kerana kita berbelanja seharian menggunakan wang. Pelaburan emas juga sangat penting sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk.

#3 Aset Yang Mampu Milik

Walaupun PKP memberi tekanan kepada pendapatan dan simpanan ramai orang, ada golongan yang memilih untuk membeli emas kerana ianya mampu milik.

Sesiapapun mampu memiliki emas. Dengan modal serendah RM100 anda sudah boleh menyimpan emas.

Hari ini, pelbagai platform atas talian yang disediakan oleh institusi bank dan kedai emas bagi memudahkan penyimpan membuat pembelian dan penjualan tanpa perlu keluar rumah. Saya pernah kongsikan 2 cara mudah membeli emas tanpa perlu ke kedai.

Di saat sukar ini, keadaan ekonomi kurang berpihak kepada kita, namun harga emas tetap stabil dan tidak terjejas. Ya, nilai emas kalis ekonomi. Zaman nabi dulu, nilai 1 dinar emas mampu membeli seekor kambing. Hari ini nilai 1 dinar emas juga mampu membeli seekor kambing. Tidak seperti wang ringgit.

Hari ini lebih ramai penyimpan mula beralih kepada simpanan emas kerana nilainya yang sentiasa tinggi.

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Patuh Syariah & Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
(Baru) FB Group: http://bit.ly/FBEmas
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com