, ,

5 Sebab Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan Emas

Ramai masih tak tahu tentang ini. Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan dan tidak sesuai dijadikan pelaburan. Ini 5 sebabnya.

Ramai masih tak tahu tentang ini. Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan dan tidak sesuai dijadikan pelaburan. Ini 5 sebabnya.

barang kemas

Barang kemas merupakan emas perhiasan. Tujuan membeli emas perhiasan adalah lebih kepada sebagai perhiasan dan untuk kelihatan cantik. Emas perhiasan bukan untuk keuntungan kerana 5 sebab ini:

#1 Kualiti Barang Kemas Biasanya Emas 916

Beza paling ketara ialah kualiti emas tu sendiri. Emas simpanan biasanya emas 24k atau emas 999, barang kemas biasanya emas 22k atau emas 916.

Baca perbezaan emas 999 dan emas 916 di sini.

#2 Harga Barang Kemas Lebih Mahal

Anda boleh bandingkan sendiri harga emas per gram bagi emas simpanan dan emas perhiasan. Harga barang kemas biasanya termasuk caj upah dan caj membentuk emas. Especially di kedai emas perhiasan yang ‘branded’.

#3 Caj Upah Emas Perhiasan Ikut Suka Kedai

Emas perhiasan ada caj ekstra yang dinamakan caj upah atau workmanship. Caj upah pula bergantung kepada kedai emas, lain kedai lain caj upahnya.

#4 Susut Nilai Barang Kemas Sangat Tinggi

Sebagai penyimpan emas, wajib faham yang ni. Bila nak jual emas kita, Public Gold (dan mana-mana kedai emas sekalipun) akan tolak spread value untuk cover profit.

Spread % Public Gold GAP: 8-9%
Spread % Public Gold fizikal: 6-9%

Public Gold antara syarikat yang offer spread value rendah. Ada kedai yang spreadnya sekitar 30%!

Saya pernah buat video Cara Kira Nilai Susut (Spread Value) Emas

#5 Refresh Harga Emas Perhiasan Lambat

Perubahan harga emas perhiasan sangat lambat. Bila harga emas semasa dunia ada kenaikan, cepat je harga barang kemas naik, tetapi bila harga emas semasa turun, ada kedai emas sengaja melambatkan semakan harga atau mungkin teruskan dengan harga tinggi beberapa hari atau minggu.

Di Public Gold, harga emas GAP berubah setiap hari pada jam 12am+, harga emas fizikal berubah setiap 20 minit

Senarai gram dan harga emas terkini boleh refer di website Public Gold.

Jadi Apa Cara Terbaik Untuk Pelaburan Emas?

Kalau nak buat pelaburan emas, lebih sesuai menyimpan emas simpanan fizikal seperti syiling emas dinar dan gold bar. Anda juga boleh mengambikira simpanan emas dalam bentuk akaun Gold Accumulation Program (GAP), ini kelebihannya.

Apa pula beza emas simpanan fizikal dengan emas simpanan akaun GAP? Ini 5 perbezaan emas fizikal vs akaun emas.

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Patuh Syariah & Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
(Baru) FB Group: http://bit.ly/FBEmas
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com