, ,

Bagaimana Nak Beli & Jual Emas Dalam Tempoh PKP? Ini 5 Caranya

Saya diajukan banyak soalan begini. Ada yang nak beli tapi tak tahu caranya, ada juga yang risau tak dapat nak cairkan emas dalam tempoh PKP. Don’t worry, ada caranya.

Emas2U – Saya diajukan banyak soalan begini. Ada yang nak beli tapi tak tahu caranya, ada juga yang risau tak dapat nak cairkan emas dalam tempoh PKP. Don’t worry, ada caranya.

Bagi mengatasi penularan wabak Covid-19 di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 18 Mac 2020. Sehingga artikel ini ditulis pada 28 April 2020, tempoh PKP telah dilanjutkan dan kita berada dalam fasa ke-4.

Oleh itu, ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana hendak membeli atau mencairkan emas dalam tempoh ini? Ada yang berhajat nak mula pembelian emas, tidak kurang juga yang hendak menjual emas.

Jangan risau, saya kongsikan 3 cara beli emas dan 2 cara jual emas dalam tempoh PKP.

3 Cara Beli Emas Dalam Tempoh PKP

Dalam tempoh PKP, walaupun pergerakan terbatas, anda masih boleh membuat pembelian emas dengan cara-cara berikut:

#1 Beli Emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Cara pertama ini paling mudah. Anda boleh buat pembelian secara online tanpa perlu ke cawangan. Anda juga tak perlu risau untuk simpan sendiri emas tu. Dengan sistem yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada, pembelian dan penjualan emas jadi lebih mudah.

Bagi membolehkan anda membeli dan menjual emas GAP secara online, anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Yang bestnya GAP ni, tiada yuran pendaftaran dan tiada caj simpanan. Baca semua 20 kelebihan GAP di sini. Emas pertama yang anda beli melayakkan anda jadi ahli.

Bagaimana nak daftar akaun GAP? Follow step mudah di sini atau Call/Whatsapp saya di 012 230 2158 (anytime!).

Jika anda sudah mendaftar sebagai ahli Public Gold dan hendak beli secara online, follow step ini, ada video tutorial.

#2 Order Emas Dan Collect Dengan Membuat Appointment

Cara kedua ini khusus untuk stok yang available di cawangan pilihan sahaja. Contoh anda nak beli emas 1 dinar di cawangan Miri, dan ada stok di cawangan, baru boleh datang collect. Dan wajib buat appoinment kerana cawangan tak terima walk in dalam tempoh PKP.

Bagaimana cara order? Follow step di sini atau Call/Whatsapp saya di 012 230 2158. Sebelum order, saya akan buat semakan dahulu jika stok available di cawangan.

#3 Order Emas Dan Pos Terus Ke Rumah

Cara ini hanya untuk stok yang available di HQ Public Gold, Penang sahaja. Kerana servis pos dibuat dari hq. Ketika saya menulis artikel ini, hanya unit 1 gram pelbagai design, 10 gram Bungamas dan 20 gram Bungamas sahaja yang available.

BACA: Saya tak recommend beli 1 gram fizikal. Ini sebabnya.

Ada yang tanya, “selamat ke pos ke rumah?”. InsyaAllah, servis pos Public Gold, atau nama lainnya Gold In Transit (GIT), ada insurans sehingga RM25k. So far ramai customer saya yang beli secara pos (especially dalam tempoh PKP) selamat terima.

Bagaimana cara order? Follow step di sini dan wajib maklum saya untuk pengurusan pos, call/whatsapp saya di 012 230 2158. Sama seperti cara kedua, sebelum order, saya akan buat semakan dahulu jika stok available di hq.

2 Cara Jual Emas Dalam Tempoh PKP

Cara jual emas ada 2, secara online atau terus ke cawangan

#1 Jual Emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Seperti cara pertama beli emas di atas, cara jual emas secara online juga boleh dilakukan melalui sistem. Public Gold akan transfer terus ke akaun bank anda dalam masa 3 hari.

Bagaimana caranya? Follow step ini, ada video tutorial.

#2 Jual Emas Fizikal di Public Gold

Wajib buat appointment dengan cawangan terdekat. Senarai cawangan penuh seluruh Malaysia boleh lihat di sini. Mereka tidak terima walk in dalam tempoh PKP. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jual emas fizikal Public Gold, baca di sini.

So, saya harap 3 cara beli emas dan 2 cara jual emas di atas membantu anda membuat simpanan emas dan mendapatkan cash dalam tempoh PKP.

Ada soalan tentang emas? Saya sedia bantu (anytime!)

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
Whatsapp / Call 012-230 2158

LIKE | FOLLOW Emas2U Untuk Lebih Ilmu Emas

Website: https://emas2u.com
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *