Emas2U – Panduan jual balik emas ke Public Gold, follow cara mudah menjual emas anda kepada Public Gold secara online atau offline.
Ada 2 jenis emas yang boleh dijual semula di Public Gold, iaitu (1) Emas fizikal, dan (2) Emas akaun Gold Accumulation Program (GAP). Saya akan kongsikan cara bagi kedua-dua jenis emas ini.
Jual Emas Fizikal Di Public Gold
Jika anda mempunyai emas fizikal dalam apa bentuk sekalipun, sama ada emas simpanan 999 jenama Public Gold atau bukan Public Gold, atau barang kemas yang merupakan emas 916, anda boleh menjual semula emas tersebut di Public Gold. Bagaimana Nak Kenal Emas 999, 916 dan 750? Ini Caranya.
Dari segi pulangan, emas 999 lebih bernilai berbanding emas 916, 750 dan kualiti-kualiti lain. Ini kerana emas 999 (atau nama lainnya emas 24k) merupakan emas yang tidak dicampur dengan bahan logam lain. Apa beza emas 999 dan emas 916? Yang mana lebih sesuai untuk pelaburan emas? Ketahui perbezaan emas 999 dengan emas 916 di sini.
Untuk menjual emas fizikal anda, boleh pergi walk in ke mana-mana cawangan terdekat (ada 18 cawangan di seluruh Malaysia, lihat senarai di sini) dan hanya perlu bawa emas anda. Ramai customer yang bertanya kepada saya, perlu tak bawa sekali sijil atau resit asal? Jawapannya tidak perlu.
Jika emas yang hendak dijual itu emas berjenama Public Gold, anda boleh refer harga jual di column PG Buy di https://www.publicgold.com.my/. Perhatikan harga PG Buy lebih rendah berbanding PG Sell. Kenapa begitu? Ini kerana harga PG Buy merupakan harga yang telah ditolak dengan spread. Apa itu spread dan bagaimana cara kira spread? Ini jawapannya. Ada video.
Jika emas yang hendak dijual itu bukan emas Public Gold, Public Gold masih terima emas tersebut, tetapi akan melalui proses pengujian ketulenan. Selain itu, keadaan dan kualiti emas juga akan diukur sebelum Public Gold memberikan harganya. Apa yang perlu dibawa? Hanya emas!
Jual Emas GAP Di Public Gold
Jika anda mempunyai akaun Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold, anda boleh jual terus emas tersebut tanpa perlu jadikan fizikal. Anda boleh jual secara online tanpa perlu ke cawangan.
Saya ada kongsikan tutorial cara jual dan beli emas Public Gold (GAP) di sini. Ada video.
Semoga bermanfaat! Sebarang persoalan boleh tanya saya anytime di 0122302158 (Muhaimin)