,

Harga Perak Pecah Rekod Tertinggi Kerana 3 Sebab Ini

Harga Perak Pecah Rekod | Ramai tak perasan, pada 29 Ogos 2025, harga perak telah mencecah $39.97 per auns, menghampiri paras $40 menandakan kenaikan harga tertinggi dalam hampir 14 tahun! Ada 3 sebab kenapa harga perak melonjak, dan akan melonjak lagi.

Selain itu, menurut pakar emas dan perak Mike Maloney, bukan hanya harga harian, penutup bulanan dan suku tahunan harga perak telah mencapai tahap tertinggi dalam 2,500 tahun — satu penanda sejarah yang sangat luar biasa.

Beliau (seorang pelabur perak sejak 22 tahun lepas) berpendapat, ini bukanlah sekadar kenaikan biasa. Carta menunjukkan harga perak telah berjaya memecah paras tertutup bulanan dan suku tahunan tertinggi sejak 2011.

Menurutnya, terdapat corak “cup-and-handle” selama 45 tahun (dari 1980) yang kini kelihatan bersedia untuk mencetuskan pergerakan besar — satu petanda breakout yang kukuh.

3 Punca Harga Perak Pecah Rekod

#1 Banyak permintaan daripada bank pusat dunia – Selama berdekad-dekad, bank pusat dunia hanya menyimpan emas. Tapi kini, ada tanda-tanda mereka mula kembali kepada simpanan perak buat kali pertama dalam lebih 50 tahun. Ini menunjukkan keyakinan institusi besar terhadap perak semakin meningkat. Fakta: Negara Arab Saudi dan Rusia sedang rancak menambah simpanan stok perak.

#2 Krisis bekalan perak dijangka bakal berlaku – Perak biasanya keluar sebagai hasil sampingan dari perlombongan logam lain. Bila kemelesetan berlaku, pengeluaran logam lain jatuh, maka bekalan perak juga akan hilang.

#3 Pasaran perak sangat kecil – Jumlah semua perak yang pernah dilombong dalam sejarah nilainya masih kurang daripada nilai syarikat Amazon. Oleh itu, apabila terdapat permintaan yang tinggi untuk jumlah yang rendah, harga pasti akan melambung!

[Prediction] Harga Perak Dijangka Cecah 3 Angka

Mike Maloney meramalkan harga perak boleh melonjak ke 3 digit (ratusan USD per auns) kerana:

  • Pecahan rekod sejarah (breakout besar).
  • Permintaan industri + pelaburan yang semakin tinggi.
  • Bank pusat mula campur tangan dan membeli emas dan perak pada kadar tinggi.
  • Corak teknikal jangka panjang menyokong kenaikan harga.

Beliau percaya semua faktor ini akan mendorong perak ke tahap harga yang tak pernah dicapai sebelum ini.

Kesimpulannya, sekarang mungkin masa sesuai untuk buat simpanan perak jika anda menepati 3 point ini.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>