, ,

Harga Emas Turun Banyak Melebihi RM10/g Kerana Ini

Harga emas turun banyak hari ini (5 Ogos 2024) sehingga melebihi RM10 per gram dalam sehari. Apa puncanya? Teruskan membaca.

harga emas turun banyak

Harga emas dan perak turun mendadak dalam pembukaan dagangan A.S. hari Isnin. Emas turun mencecah paras terendah dua minggu sementara perak turun ke paras terendah dalam tiga bulan.

Kemerosotan dalam pasaran saham global menyebabkan kebimbangan dalam pasaran untuk memulakan minggu dagangan.

Sektor niaga hadapan komoditi mentah menyaksikan tekanan jualan, diterajui oleh minyak mentah, susulan kebimbangan kemelesetan ekonomi.

Selain itu, matawang Dolar AS yang sedang lemah berbanding RM juga memberi impak kepada penurunan harga emas.

Terdapat pepatah lama di pasaran bahawa semasa panik, “Jika anda tidak boleh menjual apa yang anda mahu, anda menjual apa yang anda boleh”. Ini yang sedang berlaku dalam emas dan perak hari ini.

Peluang Apabila Harga Emas Turun Banyak

Penurunan harga emas ini dilihat sebagai peluang keemasan bagi sebahagian pelabur dan penyimpan emas lain untuk menambah simpanan mereka.

Dengan membeli emas pada harga rendah, pelabur dapat menurunkan kos pemurataan harga emas.

Anda bagaimana?

Mula simpanan emas, PM Cik Ida.

Sumber: Kitco via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>