, ,

Harga Emas Oktober 2022 Naik, Ini Analisa Penuh

Harga emas Oktober 2022 (GAP) mula menaik, walaubagaimanapun kenaikan tidak terlalu drastik dan dilihat lebih banyak mendatar. Teruskan membaca analisa penuh.

harga emas oktober 2022

Harga emas GAP pada bulan Oktober naik secara purata sebanyak RM5.92 per gram dengan graf mencatatkan kenaikan di separuh pertama bulan Oktober.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Okt 2022)

Tertinggi: RM278
Terendah: RM265
Purata: RM270.32

31-Okt: RM270➖
30-Okt: RM270⬆️
29-Okt: RM269⬇️
28-Okt: RM273➖
27-Okt: RM273⬆️
26-Okt: RM272⬆️
25-Okt: RM270⬇️
24-Okt: RM272➖
23-Okt: RM272⬆️
22-Okt: RM270⬆️
21-Okt: RM269⬆️
20-Okt: RM266⬇️
19-Okt: RM268⬇️
18-Okt: RM270⬆️
17-Okt: RM265➖
16-Okt: RM265➖
15-Okt: RM265⬇️
14-Okt: RM269➖
13-Okt: RM269➖
12-Okt: RM269➖
11-Okt: RM269⬇️
10-Okt: RM273➖
09-Okt: RM273⬇️
08-Okt: RM274⬇️
07-Okt: RM276⬆️
06-Okt: RM275⬇️
05-Okt: RM278⬆️🔝
04-Okt: RM273⬆️
03-Okt: RM267➖
02-Okt: RM267⬇️
01-Okt: RM269⬆️

Analisis Emas Oktober 2022

graf harga emas oktober 2022

Artikel bulan Oktober 2022:

  1. Kenapa Bank Menaikkan Kadar Untuk Atasi Inflasi? Ini Jawapan Pakar
  2. Emas Akan Melonjak Hujung Tahun Ini – Penganalisis Bloomberg
  3. Top 10 Negara Pengeluar Emas Terbesar Di Dunia

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Oktober 2022:

4 Oktober 2022: Jaga-jaga! Harga emas dan perak melonjak melepasi paras $1700 apabila hasil perbendaharaan menurun dan menyebabkan dolar lebih rendah.

Harga emas $1701 per auns ketika ini

5 Oktober 2022: Emas dan perak meningkat secara mendadak dalam dagangan A.S. semalam, dengan emas mencatatkan paras tertinggi sejak 3 minggu dan perak tertinggi sejak 3 bulan.

Dagangan setakat minggu ini menyaksikan:
1. Indeks dolar A.S. turun
2. Harga minyak mentah naik
3. Hasil Perbendaharaan A.S. turun, dan
4. Permintaan aset safe haven (termasuk emas dan perak) naik lebih tinggi.

Harga emas $1724 per auns ketika ini.

7 Oktober 2022: Penerbitan laporan data NFP di A.S bakal beri impak kepada emas. Melonjak atau menjunam? Stay tuned.

11 Oktober 2022: Harga emas dan perak turun mendadak selepas ditekan oleh faktor-faktor berikut:

  1. Indeks dolar A.S. naik,
  2. Hasil Perbendaharaan A.S. naik,
  3. Harga minyak mentah yang lebih lemah, dan
  4. Dasar monetari yang ketat secara agresif daripada Rizab Persekutuan A.S.

Harga emas $1669 per auns ketika ini.

13 Oktober 2022: Jaga-jaga! Pengumuman data inflasi pengguna Amerika Syarikat beberapa jam lagi dijangka akan mendorong pergerakan ketara buat emas walaupun short term.

Stay tuned.

13 Oktober 2022: Emas dan perak menjunam susulan penerbitan laporan inflasi AS yang naik lebih tinggi dari jangkaan 0.3%. Logam berharga itu mengalami tekanan jualan selepas indeks dolar A.S. pulih daripada kerugian dan hasil bon A.S. telah meningkat berikutan laporan itu.

Harga emas $1647 per auns ketika ini.

18 Oktober 2022: Walaupun naik ketika dolar AS lemah, emas masih bergelut susulan kenaikan kadar.

Harga emas $1659 per auns ketika ini.

25 Oktober 2022: Harga emas terus ditekan oleh faktor-faktor ini:

  1. Indeks dolar A.S. yang masih kukuh walaupun terdapat penurunan sederhana dalam indeks semalam.
  2. Hasil bon kerajaan yang meningkat.
  3. Harga minyak mentah yang lebih rendah.

Harga emas $1640 per auns ketika ini.

28 Oktober 2022: Harga emas dan perak terus ditekan oleh indeks dolar A.S. yang lebih tinggi dan hasil Perbendaharaan A.S. yang meningkat menjelang hujung minggu.

Harga emas $1650 per auns ketika ini.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2022 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan November 2022?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>