Harga emas naik ke paras tertinggi dalam bulan Oktober 2021 menghampiri $40 dollar per ounce dalam sehari pada 13 Oktober. Apa sebabnya? Teruskan membaca.
Menurut berita daripada Kitco, kenaikan mendadak harga emas adalah disebabkan pengumuman data inflasi di Amerika Syarikat yang terkini.
Angka inflasi pada bulan September menunjukkan tekanan harga meningkat kepada 5.4% tahunan, sedikit lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.
Menurut seorang penganalisa senior, “Kita mulai menyaksikan pasaran yang semakin menaik terhadap pengguna AS. Setelah meneliti laporan ini, ia menunjukkan bahawa pasaran sekarang menjangkakan kenaikan kadar yang lebih cepat. Pada masa yang sama, kami melihat graf hasil yang rata, dan itu adalah berita baik untuk emas”
Ini telah menyebabkan banyak pelabur besar mula beralih arah kepada emas. Inilah punca utama harga emas naik tertinggi pada 13 Oktober 2021.
Stay tuned di Telegram Emas2U untuk lebih info terkini.
Oh ya, ramai yang bertanya, bila harga emas naik, perlu beli atau monitor harga dulu? Ini 3 cadangan saya. Semoga bermanfaat!