, ,

Harga Emas Mei 2022 Turun. Ini Punca Utama

Harga emas Mei 2022 (GAP) menunjukkan penurunan secara purata sebanyak 1.35%, dengan rekod terendah sejak sekitar 8 bulan, ini analisis penuh punca utama naik-turun harga emas bulan ini.

Harga emas semasa pada bulan Mei terus menyaksikan penurunan secara purata RM280.35/gram dalam sebulan berbanding bulan lepas RM284.20/gram walaupun tidak terlalu mendadak.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Mei 2022)

Tertinggi: RM285
Terendah: RM274
Purata: RM280.35

31-Mei: RM282⬆️
30-Mei: RM281➖
29-Mei: RM281➖
28-Mei: RM281⬆️
27-Mei: RM280➖
26-Mei: RM280⬇️
25-Mei: RM283⬆️
24-Mei: RM281⬆️
23-Mei: RM280➖
22-Mei: RM280➖
21-Mei: RM280⬆️
20-Mei: RM279⬆️
19-Mei: RM277⬆️
18-Mei: RM276⬆️
17-Mei: RM275➖
16-Mei: RM275➖
15-Mei: RM275⬆️
14-Mei: RM274⬇️
13-Mei: RM278⬇️
12-Mei: RM281⬆️
11-Mei: RM280⬇️
10-Mei: RM282⬇️
09-Mei: RM284➖
08-Mei: RM284⬇️
07-Mei: RM285⬆️
06-Mei: RM284⬆️
05-Mei: RM281➖
04-Mei: RM281➖
03-Mei: RM281⬇️
02-Mei: RM285➖
01-Mei: RM285⬇️

Analisis Emas Mei 2022

Peristiwa bulan Mei 2022:

  1. Harga Emas Akan Melonjak 3 Kali Ganda Tahun 2025 – Penganalisis

Inflasi masih merupakan faktor yang memberi kesan harga emas, tetapi ada faktor lain seperti kekuatan USD dan hasil bon yang menyebabkan emas sukar untuk naik. Ini kronologi berita emas sepanjang Mei 2022. Oh ya, ada berita perak sekali ok:

3 Mei 2022: Rancangan Fed untuk menaikkan kadar faedah telah mendorong dolar A.S. naik ke paras tertinggi hampir 20 tahun dan menyebabkan emas menjunam.

Harga emas $1862 per auns ketika ini

5 Mei 2022: Pasaran komoditi dijangka menghadapi risiko ‘reversal’ yang akan menjadi perjalanan yang tidak menentu sama seperti 2008, menurut Bloomberg Intelligence.

Dalam senario ini, emas kelihatan seperti salah satu pilihan terbaik, dengan keupayaan untuk menembusi $2,000 sebaik sahaja pasaran mengenal pasti penghujung kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan.

9 Mei 2022: Pasaran emas dan perak terus turun pada awal dagangan AS susulan hasil bon AS yang meningkat.

Harga emas $1862 per auns ketika ini

11 Mei 2022: Aduh, harga emas dan perak turun lagi! Pasaran luar yang lemah menyaksikan indeks dolar A.S. naik lebih tinggi dan harga minyak mentah yang lebih rendah memberi tekanan kepada pasaran emas dan perak.

Emas – terendah sejak 3 bulan
Perak – terendah sejak 8 bulan

12 Mei 2022: Selepas jatuh terendah 3 bulan, harga emas mula mendaki pada hari Rabu susulan data inflasi AS yang lebih teruk daripada jangkaan.

Ini juga mendorong kemungkinan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif.

12 Mei 2022: Emas & perak menerima lebih banyak tekanan harga apabila dolar A.S. melonjak

Harga emas $1846 per auns ketika ini

13 Mei 2022: Harga perak terus turun -3% dan mencecah paras terendah tahun ini.

Jika anda sedang mempertimbangkan pelaburan perak, pergerakan menurun ini mungkin peluang yang baik.

14 Mei 2022: Pasaran emas menutup minggu ini dengan penurunan sekitar 4%, terendah sejak pertengahan Jun 2021.

Harga emas $1812 per auns ketika ciapan ini ditulis

16 Mei 2022: Harga emas turun lagi hampir ke paras $1800 dan mencatatkan rekod terendah sejak hampir 4 bulan dalam dagangan awal A.S.

Harga emas $1806 per auns ketika ini

19 Mei 2022: Emas curi peluang naik semula susulan penjualan besar-besaran dalam pasaran saham A.S. pada pertengahan minggu ini. Namun ketika ini emas masih sukar hendak menembusi paras $1820 per auns

20 Mei 2022: Emas mula mendaki susulan indeks dolar A.S. yang turun rendah secara mendadak dan penurunan dalam Hasil Perbendaharaan A.S.

Harga emas $1941 per auns ketika ciapan ini ditulis

23 Mei 2022: Penyusutan Dolar AS pada pembukaan pasaran awal minggu ini mendorong kenaikan harga emas.

Harga emas $1864 per auns ketika ini.

27 Mei 2022: “Emas kekal sebagai aset penstabil yang penting apabila ancaman stagflasi semakin meningkat” – Pakar

Apa itu stagflasi?

Dalam ekonomi, stagflasi atau recession-inflation ialah keadaan di mana kadar inflasi tinggi, kadar pertumbuhan ekonomi perlahan, dan kadar pengangguran tinggi.

30 Mei 2022: Harga emas terus bertahan di sekitar paras psikologi kritikal $1,850 tetapi menurut beberapa penganalisis, emas mungkin bergelut dalam jangka terdekat kerana tekanan inflasi dikatakan telah memuncak.

Harga emas $1859 per auns ketika ini

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2022 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Jun 2022?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>