, ,

Harga Emas Mac Pecah Rekod 2022, Ini Analisis Penuh

Harga emas bulan Mac 2022 menyaksikan kenaikan tertinggi dalam tahun 2022 atas beberapa faktor seperti inflasi dan konflik Rusia-Ukraine. Teruskan membaca.

harga emas mac 2022

Harga emas semasa pada bulan Mac terus menyaksikan beberapa siri ketidaktentuan dalam sebulan dan memecah rekod tahun 2022 apabila melepasi paras $2040.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Mac 2022)

Tertinggi: RM301
Terendah: RM277
Purata: RM283.68

31/3/2022RM281.00 ⬆️
30/3/2022RM277.00 ⬇️
29/3/2022RM281.00 ⬇️
28/3/2022RM284.00
27/3/2022RM284.00
26/3/2022RM284.00 ⬇️
25/3/2022RM285.00 ⬆️
24/3/2022RM280.00 ⬆️
23/3/2022RM278.00 ⬇️
22/3/2022RM281.00 ⬆️
21/3/2022RM279.00
20/3/2022RM279.00 ⬇️
19/3/2022RM280.00 ⬇️
18/3/2022RM283.00 ⬆️
17/3/2022RM277.00 ⬇️
16/3/2022RM278.00 ⬇️
15/3/2022RM283.00 ⬇️
14/3/2022RM289.00
13/3/2022RM289.00 ⬆️
12/3/2022RM287.00 ⬇️
11/3/2022RM289.00
10/3/2022RM289.00 ⬇️
9/3/2022RM301.00 ⬆️ 🔝
8/3/2022RM291.00 ⬆️
7/3/2022RM288.00
6/3/2022RM288.00 ⬆️
5/3/2022RM286.00 ⬆️
4/3/2022RM282.00 ⬆️
3/3/2022RM281.00
2/3/2022RM281.00 ⬆️
1/3/2022RM279.00 ⬆️

Analisa Emas Mac 2022

harga emas gap mac 2022

Peristiwa penting yang memberi impak kepada harga emas sepanjang bulan Mac 2022:

  1. Harga Emas Terus “Mengganas”, Mungkin Cecah $2000
  2. Harga Emas Hampiri Paras Tertinggi Dalam Sejarah. Ini Sebabnya
  3. 3 Faktor Utama Beri Impak Harga Emas Minggu Ini

Kebimbangan inflasi yang semakin teruk telah memberi impak positif kepada harga emas.

4 Mac 2022: Permintaan tinggi aset selamat ‘safe-havens’ terus menolak emas ke atas susulan ketidaktentuan peperangan Rusia-Ukraine.

Harga emas $1936 per auns ketika ciapan ini ditulis.

7 Mac 2022: Konflik Ukraine-Rusia terus menggegarkan pasaran, dengan harga minyak melonjak ke paras tertinggi sejak 2008 dan emas mencecah $2,000 seaun.

Harga emas $1988 per auns ketika ciapan ini ditulis

8 Mac 2022: Emas terus ‘tunjuk taring’ apabila semakin hampir ke rekod tertinggi dalam sejarah.

Harga emas $2041 per auns ketika ciapan ini ditulis

harga emas gap tertinggi
A: Tertinggi dalam sejarah | B: Harga GAP 9 Mac 2022

9 Mac 2022: Ketidaktentuan geopolitik boleh mendorong kenaikan emas dalam jangka pendek. Namun begitu, pasaran emas dijangka akan buat ‘u-turn’.

16 Mac 2022: Emas kemudian menurun mendadak selepas mesyuarat FOMC oleh FED

18 Mac 2022: Data inflasi terus meningkat sehingga ke paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun, pelabur memilih aset komoditi seperti emas dan perak sebagai perlindungan terhadap kenaikan harga pengguna.

18 Mac 2022: Belum sempat naik tinggi, emas kembali lesu susulan kebangkitan US Dollar dan hasil bon AS.

22 Mac 2022: Kebimbangan perang Rusia-Ukraine dan inflasi global meningkatkan sentimen kenaikan harga untuk emas.

23 Mac 2022: Harga emas dan perak menurun susulan kenaikan hasil Perbendaharaan AS selepas pengerusi FED AS mengetatkan dasar monetari bagi tujuan kestabilan harga barang.

24 Mac 2022: Hati-hati, emas mula mendaki susulan 3 isu ini:

1. Presiden AS Joe Biden hadiri mesyuarat bersama NATO.

2. Data pekerjaan mingguan AS diumumkan menjunam paling teruk sejak 53 tahun lepas.

3. Data barangan tahan lama (durable goods) AS bagi bulan Februari mengecewakan.

30 Mac 2022: Emas turun susulan kenyataan Rusia yang berjanji untuk mengekang serangannya ke atas Ukraine, khususnya di sekitar ibu kota Kyiv dan Chernihiv. Kenyataan itu dikeluarkan selepas rundingan Rusia-Ukraine di Istanbul semalam.

Berita mengenai pengurangan serangan ini meningkatkan sentimen risiko, mendorong saham A.S. lebih tinggi, dan menyebabkan harga emas berundur kembali ke bawah paras $1,920 per auns.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2022 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan April 2022?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>