Harga emas Mac 2023 (GAP) menyaksikan kenaikan mendadak lebih 5% secara purata atas beberapa faktor. Tertinggi dalam sejarah, ketahui apa puncanya.
Harga emas GAP pada bulan Mac naik secara purata sebanyak RM14.56 per gram dengan graf mencatatkan kenaikan mendadak di pertengahan bulan.
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Mac 2023)
Tertinggi: RM308
Terendah: RM283
Purata: RM295.06
31-Mac: RM300⬆️
30-Mac: RM299⬆️
29-Mac: RM298➖
28-Mac: RM298⬇️
27-Mac: RM301➖
26-Mac: RM301⬇️
25-Mac: RM302➖
24-Mac: RM302⬆️
23-Mac: RM299⬇️
22-Mac: RM300⬇️
21-Mac: RM304⬇️
20-Mac: RM308➖🔝
19-Mac: RM308⬆️🔝
18-Mac: RM302⬆️
17-Mac: RM297⬆️
16-Mac: RM296⬆️
15-Mac: RM294⬇️
14-Mac: RM295⬆️
13-Mac: RM293➖
12-Mac: RM293➖
11-Mac: RM293⬆️
10-Mac: RM287⬆️
09-Mac: RM285⬆️
08-Mac: RM283⬇️
07-Mac: RM288⬇️
06-Mac: RM289➖
05-Mac: RM289⬆️
04-Mac: RM287⬆️
03-Mac: RM286➖
02-Mac: RM286⬆️
01-Mac: RM284⬆️
Analisis Emas Mac 2023
Artikel bulan Mac 2023:
- Aduh! Harga Emas, Perak Menjunam Kerana Kenyataan Ini
- Harga Emas Naik Tertinggi Tahun 2023. Ini Puncanya
- Duit Boleh Dicetak, Tapi Tidak Emas
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Mac 2023:
1 Mac 2023: 🔺Bacaan indeks keyakinan pengguna A.S. yang rendah telah menyebabkan harga emas dan perak naik semula selepas beberapa hari menerima tekanan.
2 Mac 2023: 🔺Pertumbuhan data perkilangan China memberi tekanan kepada dolar A.S. dan ini telah melonjakkan harga emas naik tinggi.
7 Mac 2023: 🔻Harga emas sedang ‘menjunam’ ketika ini selepas kenyataan Powell yang memberi gambaran bahawa aktiviti ekonomi yang kukuh tahun ini mungkin menyebabkan bank pusat menaikkan kadar faedah lebih daripada jangkaan, untuk memerangi inflasi yang tinggi.
11 Mac 2023: 🔺Gempar! Harga emas ‘meroket’ dalam risiko kestabilan kewangan apabila banyak pelabur bergegas bertukar kepada aset selamat, penganalisis juga memerhati laporan inflasi dan reaksi Fed.
15 Mac 2023: 🔥Hati-hati! Kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) baru-baru ini akan memaksa Fed untuk menghentikan kenaikan kadar pada 22 Mac, dan ini akan melonjakkan lagi harga emas apabila dolar AS menurun – Penganalisis
16 Mac 2023: 🔥Emas akan ‘outshine’ mengatasi logam berharga lain apabila kebimbangan terhadap krisis perbankan global semakin meningkat – Penganalisis
18 Mac 2023: 🔺🔥Fuh! Emas melonjak hampiri paras $2,000 apabila pelabur mencari alternatif dalam krisis perbankan dan Fed yang akomodatif.
19 Mac 2023: 🔥Hari ini, harga emas GAP mencatat paras tertinggi dalam sejarah. Ini 3 puncak tertinggi harga emas so far. Dikemaskini 19 Mac 2023
21 Mac 2023: 🔥”3 tahun dari sekarang, kita akan melihat kembali harga emas hari ini sebagai tawaran murah. Kita akan melihat ini sebagai permulaan apabila harga benar-benar meletup, kita sedang hampiri krisis dalam sistem monetari global.” – Penganalisis CIO, Founder Commodity Discovery Fund
22 Mac 2023: 🔻Harga emas menurun selepas mencecah paras $2000 semalam susulan kebimbangan perbankan yang semakin berkurangan.
24 Mac 2023: 🔺Pasaran emas menarik pelabur baharu, melonjakkan harga ke $2,000 seaun semalam berikutan kebimbangan akan kegawatan perbankan selanjutnya dan harapan Fed akan berhenti menaikkan kadar.
27 Mac 2023: 🔻Harga emas turun mendadak dan perak turun sedikit pada awal dagangan AS awal minggu ini susulan kadar pengambilan profit yang tinggi.
29 Mac 2023: 🔺🔥Jaga-jaga! Harga emas sedang menuju ke paras $2,000 susulan kesukaran pengatur bank tertinggi AS menjelaskan punca kejatuhan Silicon Valley Bank dan Signature Bank.
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2023 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan April 2023?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.