, ,

Harga Emas Julai 2023 Lembik. Dah Kenapa?

Harga emas Julai 2023 (GAP) menyaksikan beberapa siri kejatuhan harga dan graf mendatar. Apa yang menahan harga emas dari meroket? Ini analisis penuh.

harga emas julai 2023

Harga emas GAP pada bulan Julai agak hambar dan mendatar, turun secara purata sebanyak RM0.79 per gram walaupun ada hari mencatatkan paras tertinggi (dalam RM) menyamai rekod tertinggi.

Harga emas GAP pada bulan ini juga sekali lagi mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah iaitu RM316 per gram pada 13 Julai 2023!

Prestasi Harga Akaun Emas GAP

Tertinggi: RM316 (tertinggi dalam sejarah!)
Terendah: RM306
Purata: RM310.48

Analisis Emas Julai 2023

Artikel bulan Jun dan Julai 2023:

  1. Berapa Kos Kiswah Kaabah Bersulam Emas?
  2. 15 Pekerjaan Ini Akan ‘Pupus’ Tak Lama Lagi

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Julai 2023:

7 Julai 2023: Emas dan perak menjunam berikutan laporan pekerjaan ADP A.S. yang lebih kukuh daripada jangkaan. Harga emas $1,909 per auns ketika ini.

12 Julai 2023: Jaga-jaga! Harga kedua-dua emas dan perak sedang melonjak ketika ini selepas bacaan data laporan inflasi AS (CPI) hambar.

19 Julai 2023: Jangkaan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menamatkan kenaikan kadar selepas keputusan dasar monetari menyediakan momentum baharu untuk pasaran emas seterusnya melonjakkan harga emas ke paras tertinggi dalam 6 minggu.

28 Julai 2023: Emas, perak menurun selepas pengumuman data ekonomi A.S. yang optimis dan di luar jangkaan pasaran seterusnya mengukuhkan dolar AS.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2023 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Ogos 2023?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>