, ,

Harga Emas April 2023 Catat Tertinggi Dalam Sejarah!

Harga emas April 2023 (GAP) meneruskan pelonjakan dengan mencatat paras tertinggi dalam sejarah (RM per gram) iaitu RM311 dan naik lebih RM10/g secara purata. Tertinggi dalam sejarah, ini puncanya.

harga emas april 2023

Harga emas GAP pada bulan April naik secara purata sebanyak RM10.07 per gram (3.4% ⬆️) dengan graf mencatatkan paras tinggi sepanjang bulan.

Harga emas GAP pada bulan ini juga mencatatkan paras RM300 ke atas buat kali pertama dalam sejarah!

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (April 2023)

Tertinggi: RM311
Terendah: RM300
Purata: RM305.13

30-Apr: RM307➖
29-Apr: RM307⬆️
28-Apr: RM306⬇️
27-Apr: RM308⬆️
26-Apr: RM306⬆️
25-Apr: RM304➖
24-Apr: RM304➖
23-Apr: RM304⬆️
22-Apr: RM303⬇️
21-Apr: RM307⬆️
20-Apr: RM305⬇️
19-Apr: RM308⬆️
18-Apr: RM304⬇️
17-Apr: RM305➖
16-Apr: RM305⬆️
15-Apr: RM303⬇️
14-Apr: RM311⬆️🔝
13-Apr: RM306➖
12-Apr: RM306⬆️
11-Apr: RM303⬇️
10-Apr: RM305➖
09-Apr: RM305➖
08-Apr: RM305⬇️
07-Apr: RM306⬇️
06-Apr: RM307⬇️
05-Apr: RM308⬆️
04-Apr: RM304⬆️
03-Apr: RM300➖
02-Apr: RM300⬇️
01-Apr: RM302⬆️

Analisis Emas Apr 2023

Harga Emas April 2023

Artikel bulan April 2023:

  1. Jumlah Simpanan Emas Rusia Didedahkan!
  2. 8 Isu Ini Bakal Lonjak Harga Emas 2023?
  3. Top 10 Negara Paling Kaya Di Dunia (2023)
  4. Jumlah Negara Henti Guna Dolar AS, Simpan Emas Meningkat

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang April 2023:

4 April 2023: Emas mula ‘tunjuk taring’ susulan pengumuman (i) laporan ekonomi A.S. yang lemah, (ii) kenaikan harga minyak mentah secara mendadak, (iii) indeks dolar A.S. yang lebih rendah dan (iv) penurunan dalam hasil Perbendaharaan A.S. Harga emas $1,985 per auns ketika ini

5 April 2023: Emas, perak meningkat kepada 12 bulan tertinggi susulan pengeluaran data A.S. yang lemah. Emas sudah lepasi paras $2,000!

12 April 2023: Hati-hati! Harga emas mungkin memberi reaksi agresif apabila data inflasi AS diumumkan sebentar lagi. Harga emas $2,010 per auns ketika ini.

 13 April 2023: Data pengangguran mingguan A.S. meningkat sebanyak 11k kepada 239,000, harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sehari. Harga emas $2,034 per auns ketika ini.

14 April 2023: Harga emas dan perak meningkat secara mendadak dalam dagangan A.S. tengah hari Khamis dan mencatatkan paras tertinggi dalam 13 bulan. Kenaikan harga didorong oleh (1) laporan inflasi A.S. yang lemah, (2) indeks dolar A.S. yang merosot dan (3) kenaikan harga minyak mentah. Harga emas $2,039 per auns ketika ini.

19 April 2023: Emas buat comeback lepasi paras $2000 selepas penyusutan Dolar AS dan anggapan pelabur bahawa Fed akan menghentikan kenaikan kadar tidak lama lagi. Harga emas $2,004 per auns ketika ini.

19 April 2023: Harapan pelabur melihat emas berada di atas paras $2,000 semakin pudar. Harga susut semula. Harga emas $1,979 per auns ketika ini.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2023 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Mei 2023?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>