, , ,

Harga Emas 2020

Emas2U.com – Jika anda seorang penyimpan emas, sudah tentu anda kerap mendengar ramalan tentang harga emas pada tahun 2020 yang akan melonjak tinggi.

Kali ini kami kongsikan apakah ramalan harga emas itu dan faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan kepada harga emas 2020.

Adakah Harga Emas Akan Naik Tahun 2020?

Harga emas pada separuh pertama bulan Januari 2020 ini menyaksikan beberapa kenaikan mendadak. Pada 1 Januari 2020 misalnya, harga emas Public Gold GAP naik ke RM215 per gram iaitu kenaikan tertinggi sejak bulan September 2019.

Faktor utama yang menyumbang kenaikan ini adalah ketegangan yang berlaku di negara timur tengah antara Iran dan AS.

Harga emas Public Gold GAP terus melonjak ke tahap tertinggi dalam sejarah pada RM219 per gram pada 8 Januari 2020 atas faktor major yang sama.

Harga emas terkini 2020 setakat artikel ini ditulis ialah RM216 per gram (Public Gold GAP). Terendah setakat tahun ini RM214 per gram. Tinggi tu!

Lihat analisis harga emas tahun 2019. Harga emas pada tahun 2019 menyaksikan terdapat kenaikan harga mendadak sehingga mencapai harga tertinggi pada bulan Ogos 2019. BACA: Analisa Harga Emas 2019 & Ekspektasi Emas 2020

Ramalan Harga Emas 2020

Beberapa tahun lepas viral sebuah artikel tentang ramalan harga emas yang akan melonjak sehingga RM503 per gram. BACA: Emas Dijangka Cecah RM503 Satu Gram Menjelang 2020. Yang buat ramalan ni, bukan individu biasa-biasa tetapi pakar ekonomi.

Walaubagaimanapun ini hanyalah ramalan dan gold price forecast. Mari kita lihat pula apa faktor-faktor yang memberi kesan kepada kenaikan harga emas dunia.

Jangkaan Harga Emas 2020 & Faktor-Faktor Kenaikan Harga Emas

Harga emas 2020 naik atau turun? Sebenarnya banyak sebab yang menentukan harga emas. Ini beberapa daripadanya:

  1. Demand terhadap emas di seluruh dunia. Permintaan emas sentiasa ada, antara pembeli dan pelabur terbesar adalah syarikat barang kemas dan syarikat emas simpanan seperti Public Gold. Kesedaran menyimpan emas sebagai aset bernilai juga menyumbang kepada permintaan yang tinggi
  2. Matawang jatuh. Kebiasaanya, formula harga emas akan berkadar songsang dengan matawang. Biasanya bila nilai matawang USD turun, harga emas naik. Begitu juga Ringgit Malaysia, nilai RM turun, harga emas naik.
  3. Trade war AS-China & Perang AS-Iran. Harga emas semasa termasuk harga emas Public Gold GAP melonjak tinggi bila berlaku 2 insiden ini. Oleh itu, jika terdapat peperangan berlaku pada tahun 2020, boleh jagi harga emas akan terus melonjak.
  4. Inflasi. Kadar inflasi yang tinggi memberi kesan kepada pengguna apabila mereka lebih memilih untuk menyimpan aset bernilai dan kurang berbelanja. Jika ianya berlaku secara global, ia akan memberi kesan kepada harga emas.

Adakah Tahun 2020 Waktu Sesuai Beli Emas?

Jawapannya ya. kerana walaupun harga melonjak tinggi, tetapi harga emas sentiasa di posisi menaik pada jangka masa panjang.

Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit saving yang takkan kita spend dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, tak siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi.

Ada soalan tentang emas? Tanya saya anytime:
Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik 
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158
https://emas2u.com


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

One Comment