, ,

Emas Lepasi $1820 Di Awal 2022. Tapi Ini Amaran Penganalisis

Harga emas melonjak tinggi mengakhiri 2021 dan memulakan tahun 2022 dengan cukup bergaya apabila melepasi paras $1820 per auns. Tertinggi sejak November 2021. Teruskan membaca analisis.

harga emas 2022

Sebelum ini harga emas turun bawah paras $1800 namun kembali melonjak pada 30 Disember 2021

Kenaikan emas ini buat ramai pelabur menarik nafas lega.

Harga emas melonjak lebih tinggi berikutan kejatuhan 2.2% dalam data jualan rumah A.S. yang diumumkan pada 29 Disember 2021.

Seterusnya penurunan matawang US Dollar dalam pasaran juga beri ruang kepada harga emas untuk melonjak.

Walaubagaimanapun, penganalisis beri amaran terhadap risiko harga komoditi emas tahun 2022 ini yang akan didorong oleh pelbagai faktor dan sentimen pasaran yang tidak menentu.

Penganalisis juga berpendapat bahawa volum dagangan yang rendah semasa musim cuti ini boleh mewujudkan pergerakan yang tidak menentu dalam pasaran.

Dalam artikel lepas, Emas2U kongsikan 5 faktor yang mungkin beri kesan kepada harga emas awal tahun 2022 ini. Baca di sini.

Stay tuned di Emas2U untuk lebih berita, ilmu dan tips emas.

sumber: Kitco


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com