Emas bermula garang pada awal tahun 2022 beberapa hari lepas namun kini turun balik ke bawah paras $1800. Ini sebabnya.
Pada 3 Januari lepas, harga emas naik dan mencecah $1827 per auns, beberapa faktor menyebabkan harga emas naik. Baca: Emas Lepasi $1820 Di Awal 2022. Tapi Ini Amaran Penganalisis.
Walaubagaimanapun, kenaikan tersebut tak tahan lama selepas minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi jangkaan kenaikan kadar lebih awal dan lebih pantas.
Menurut Kitco, Pegawai Fed menyatakan bahawa pasaran buruh yang terjejas dan inflasi yang tinggi di A.S. mungkin memerlukan kenaikan kadar yang lebih pantas dan pengurangan dalam pegangan aset keseluruhan bank pusat, menurut minit mesyuarat yang dikeluarkan pada hari Rabu.
Minit tersebut mendedahkan nada yang lebih drastik, di mana pegawai Fed mempertimbangkan penurunan dalam bon Perbendaharaan A.S. dan pegangan sekuriti bersandarkan gadai janji mereka.
Perkara ini menyebabkan harga emas turun balik lebih rendah di bawah paras $1800 ketika artikel ini ditulis.
Selain, harga emas meningkat tetapi kekal di bawah tekanan apabila tuntutan pengangguran mingguan A.S. meningkat kepada 207,000.
Stay tune di Telegram Emas2U untuk lebih berita harga emas.