,

7 Peristiwa Penting Emas Tahun 2022. #3 Ramai Tak Percaya

7 Peristiwa Penting Emas Tahun 2022 | Apa yang boleh kita jangkakan daripada emas pada tahun 2023? Untuk menjawab soalan ini dengan berkesan, kita perlu melihat konteks apa yang berlaku tahun 2022 ini.

7 Peristiwa Penting Emas

Ini 7 peristiwa penting emas global dalam tahun 2022 untuk makluman anda:

1. Dolar AS melonjak dalam pasaran tahun ini, kerap menekan harga emas. Sesetengah pelabur membuat kesimpulan bahawa dolar dan Fed sememangnya berada dalam kawalan. Tetapi apa yang berlaku ialah di sebaliknya.

2. China, buat pertama kali dalam 3 tahun, membeli lebih banyak emas untuk Rizab rasminya. Negara ini membeli 32 tan pada bulan November, apabila harga emas sekitar $1,650 per auns. Rizab emas “rasmi” China kini berjumlah 1,980 tan!

3. Bank-bank pusat seluruh dunia membeli lebih banyak emas dalam Q3-2022 berbanding mana-mana tahun sejak 1967. Menurut World Gold Council, permintaan itu didorong oleh keperluan aset yang lebih selamat. Bank pusat aktif pembeli emas sejak 2009. Ini adalah contoh yang baik untuk kita “buat apa yang mereka lakukan, bukan apa yang mereka katakan.”

4. “Bukan sahaja kemelesetan, kita juga menuju kepada perubahan drastik ekonomi dan kewangan yang amat dahsyat.” Itulah amaran daripada pakar ekonomi. Benar, pemilikan emas adalah salah satu aset kewangan terkuat yang boleh kita miliki untuk mengharungi situasi sukar ini.

harga emas 2022
Harga emas 2022 setakat artikel ini ditulis

5. Isu Central Bank Digital Currency (CBDC) semakin hangat dalam sesetengah kerajaan, namun ianya menimbulkan kebimbangan berkaitan kawalan maklumat peribadi. Emas dan perak fizikal, sebaliknya, berada di luar sistem perbankan, tidak boleh “diprogramkan,” dan merupakan aset pegangan dalam tangan anda.

6. 3D yang perlu kita ambil kira: Hutang (Debt) berada pada paras tertinggi sepanjang masa, perbelanjaan defisit (Deficit) telah menjadi cara hidup ahli politik, dan inflasi tinggi menurunkan (Devalue) nilai kuasa beli fiat kita setiap bulan. Ini bukan masa untuk menjual emas tetapi untuk membelinya.

7. Emas menyimpan kuasa beli, tetapi dalam keadaan emas juga boleh mendapat kuasa beli. Ia melakukan perkara itu dengan Bon Simpanan AS.

sumber: GoldSilver.com via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>