Emas Akan Melonjak Hujung Tahun Ini – Penganalisis Bloomberg | Ketika artikel ini ditulis, emas sedang berada di paras terendah bulan Oktober 2022. Walaubagaimanapun, penganalisis Bloomberg ini memberi jangkaan bawah harga emas akan melonjak hujung tahun ini.
(11 Oktober 2022) Harga emas GAP turun, RM4/g lebih rendah berbanding semalam.
Harga hari ini:
RM 100 = 0.3717 gram
RM 269 = 1.0000 gram
Statistik Oktober 2022
Tertinggi: RM278 (05/10)
Terendah: RM267 (02/10)
Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM260 (16/09)
Kenapa Harga Emas Menurun Sekarang?
Harga emas dan perak turun mendadak selepas ditekan oleh faktor-faktor berikut:
1. Indeks dolar A.S. naik,
2. Hasil Perbendaharaan A.S. naik,
3. Harga minyak mentah yang lebih lemah, dan
4. Dasar monetari yang ketat secara agresif daripada Federal Reserve A.S. (FED) sebagai usaha memerangi inflasi.
Bitcoin dan Emas Boleh Melonjak Menjelang Akhir Tahun: Penganalisis Bloomberg
Dalam sebuah temuramah Kitco News bersama Bloomberg Intelligence senior commodity strategist, Mike McGlone, beliau telah membuat jangkaan harga Bitcoin dan emas mungkin akan melonjak akhir tahun 2022.
McGlone memberitahu saluran berita itu bahawa walaupun dia melihat pasaran kripto semasa berpotensi bertahan lebih lama daripada penurunan pasaran sebelumnya, terima kasih kepada FEDf, dia menjangkakan industri itu akan bangkit kembali lebih kuat daripada sebelumnya.
Baginya, Bitcoin boleh mencecah AS$100,000 dan Ethereum mencecah AS$6,000 menjelang 2025.
McGlone menjangkakan FED akan menamatkan kenaikan kadar menjelang akhir tahun, di mana tindakan ini akan memberi kelebihan untuk Bitcoin dan emas.
“Dalam sejarah, tindakan bank pusat menaikkan kadar untuk memerangi inflasi akan mendorong ke arah kemelesetan,” kata penganalisis Bloomberg itu.
“Harga komoditi dan aset berisiko yang lebih rendah mungkin satu-satunya jalan keluar dengan implikasi deflasi, yang akan menyokong harga emas dan versi digitalnya, Bitcoin.”