, ,

Turki Guna Emas Atasi Masalah Ekonomi

Turki Guna Emas Atasi Masalah Ekonomi | Emas2U.com – Ekonomi negara Turki pernah mengalami ketidakstabilan dengan mata wang inflasi, namun negara tersebut menggunakan sesuatu yang kukuh untuk membantu menstabilkan dirinya, iaitu emas.

Pada akhir 2011, Turki mulai mengizinkan bank komersial untuk menggunakan emas sebagai altelnatif matawang lira Turki untuk simpanan yang mereka perlukan di bank sentral. Deposit ini dikenal sebagai syarat cadangan dan membantu memastikan bahawa bank dikapitalisasi.

Sejak enam tahun terakhir, bank sentral Turki telah mengumpulkan tambahan 400 metrik ton emas. Jumlah tersebut melebihi cadangan emas yang dimiliki oleh Inggris – dan sekaligus merupakan simpanan yang cukup besar untuk mengatasi krisis ekonomi di negara tersebut.

“Saya fikir yang Turki miliki benar-benar bijak,” kata Jeff Christian, pendiri CPM Group. “Itu merupakan penggunaan emas dengan cara yang seharusnya Anda gunakan.”

Dalam istilah yang paling sederhana, aturan memungkinkan emas untuk digunakan sebagai aset kewangan oleh bank. Selain itu, peraturan baru membantu mengeluarkan banyak emas yang sebelumnya dipegang secara pribadi.

Perubahan ini memungkinkan pemerintah untuk menggunakan simpanan emas untuk membantu menstabilkan bank dan ekonomi,” kata Ivo Pezzuto, profesor ekonomi global dan keusahawan di International School of Management, Paris, Prancis.

Hasil dari perubahan bijak ini adalah bahawa bank sentral Turki telah melihat lompatan besar dalam kepemilikan emasnya.

Sekarang ada lebih dari 18 juta troy ons emas yang disimpan di bank sentral Turki, sebelum itu kurang 4 juta sebelum terjadi perubahan aturan diperkenalkan pada tahun 2011, menurut data terbaru dari CPM Group. Ada 32.150,7 troy ons dalam satuan metrik. (Sumber: Turkinesia)


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>