Scam pelaburan emas: Walaupun banyak usaha membasmi scam pelaburan emas dilakukan daripada pelbagai pihak, masih ada rakyat Malaysia yang terjerumus dan rugi jutaan ringgit. Ini menunjukkan masih ramai yang kurang cakna tentang pelaburan emas ‘fake’. Ini 5 cara untuk kenalpasti scam pleaburan emas.

Pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tinggi dalam jangka masa pendek merupakan antara perangkap penipuan (scam) paling senang untuk menarik mangsa. Jadi, anda perlu berhati-hati dan melakukan kajian dengan teliti sebelum melabur. Jika tidak, wang simpanan anda boleh ‘burn’.
5 Ciri Scam Pelaburan Emas
- Janji pulangan tinggi yang tidak realistik:Jika sesuatu pelaburan menjanjikan pulangan yang too good to be true, ia mungkin satu penipuan. Pelaburan emas yang sebenar bergantung 100% kepada harga emas semasa (dan selepas tolak spread).
- Tekanan untuk melabur segera: Penipu sering menggunakan taktik memberi tekanan untuk membuat pelabur membuat keputusan terburu-buru. Mereka mungkin mendesak pelabur untuk melabur dengan segera atau menggunakan taktik pemasaran yang agresif.
- Tiada maklumat jelas mengenai syarikat atau skim pelaburan: Syarikat pelaburan emas yang sah akan memberikan maklumat yang jelas mengenai syarikat mereka, skim pelaburan, dan bagaimana mereka menjana keuntungan. Jika maklumat ini tidak jelas atau tidak ada, itu adalah tanda ‘pelaburan emas’ itu bahaya.
- Skim piramid atau rangkaian: Sesetengah penipuan emas beroperasi sebagai skim piramid atau rangkaian, di mana keuntungan hanya diperolehi daripada rekrutmen ahli baru, bukan daripada pelaburan emas sebenar.
- Syarikat tidak berdaftar: Pastikan syarikat pelaburan emas tersebut berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan mempunyai lesen yang sah.
Artikel berkaitan: Scam Tok Belagak: Kenapa Ramai Terkena?
5 Langkah Pencegahan
- Lakukan penyelidikan: Teliti syarikat dan skim pelaburan dengan teliti sebelum melabur. Cari maklumat mengenai syarikat tersebut, semak reputasinya, dan lihat ulasan daripada pelabur lain.
- Jangan terpedaya dengan janji manis: Elakkan daripada terpengaruh dengan janji pulangan tinggi yang tidak realistik.
- Berhati-hati dengan tekanan untuk melabur: Jangan terburu-buru membuat keputusan pelaburan. Luangkan masa untuk berfikir dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah.
- Dapatkan nasihat profesional: Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu pelaburan, dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah.
- Laporkan penipuan: Jika anda menjadi mangsa penipuan pelaburan emas, laporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Dengan berhati-hati dan membuat penyelidikan yang teliti, anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan scam pelaburan emas. Beli emas, wajib dapat emas. Dapatkan khidmat bimbingan percuma daripada Emas2U di sini.