Kenapa Emas Tulen Hanya 99.99% Bukan 100%? Ini Jawapannya | Sejak zaman dulu hingga sekarang, emas merupakan aset pelaburan dan simpanan yang digemari ramai. Nilai emas yang terbukti stabil sepanjang zaman menjadikannya pilihan sebagai aset masa depan.
Harga emas sentiasa naik pada jangka masa panjang jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti saham. Emas juga mudah dicairkan (dijual) bila seseorang perlukan wang.
Baca juga: 10 Perbezaan Emas 999 vs Emas 916
Bercakap tentang emas simpanan tulen, pernah tak anda tertanya, mengapa emas tulen hanya memiliki kadar 99.99% dan bukan 100%?
Jawapan Kadar Emas Tulen Hanya 99.99% Bukan 100%
- Proses pembersihan emas mentah hingga 100% hanya dapat dilakukan secara teori. Realitinya, hampir mustahil untuk dilakukan
- Usaha (waktu, tenaga, wang dan lain-lain) untuk menyuling emas menjadi 100% tulen, tidak sebanding dengan nilai emas yang bakal dihasilkan.
- Alat menguji ketulenan emas secara umumnya mempunyai had. Boleh dikatakan tiada alat ukur yang sempurna, ada had pada skala tertentu sahaja.
- Dan yang terakhir, tahap ketulenan tertinggi yang pernah dihasilkan adalah 99.9999% (6-9 angka). Emas itu ditulenkan di Perth Mint pada tahun 1957.
Sehingga hari ini, kadar emas 24 karat yang dijual secara komersial mempunyai kadar antara 99.00-99.99%.
Klik di sini untuk melihat contoh emas 99.99% atau nama lainnya 24k (24 karat).
Baca juga: Harga Emas 999 Hari Ini
Kenapa Emas 999 Tidak Sesuai Dijadikan Perhiasan?
Perlu anda fahami bahawa salah satu sifat emas tulen ialah terlalu lembut untuk dijadikan emas perhiasan. Tekan dengan jari pun anda boleh lihat kesannya.
Kerana sifatnya yang terlalu lembut ini, maka daya tahan logam berharga ini tidak kuat. Cara untuk menjadikan emas lebih tahan lama ialah dengan mencampurkannya dengan logam lain seperti perak, tembaga, besi dan logam lain. Baru jadi barang kemas yang kuat.
sumber: Asianami via Emas2U