, ,

Jual Emas Rosak? Cuba Cara Ini

Nak jual emas rosak? Jika anda memiliki emas gold bar/dinar atau barang kemas seperti cincin, rantai dan gelang yang sudah rosak atau kemek, dan hendak menjual dengan harapan dapat pulangan tinggi, cuba 5 cara di bawah

jual emas rosak

Cara terbaik untuk menjual emas rosak adalah dengan mencari syarikat emas atau pembeli emas yang mempunyai reputasi baik yang mampu memberikan harga yang berpatutan berdasarkan kualiti emas. Cara-cara menjual emas rosak:

#1 Pastikan anda tahu kualiti emas tersebut

Emas perhiasan mempunyai banyak jenis kualiti, antaranya 10K, 14K atau 18K, yang bermaksud ia mengandungi peratusan tertentu emas tulen yang dicampur dengan logam lain. Semakin tinggi karat, semakin banyak emas tulen yang terkandung di dalamnya dan semakin berharga ia. Ada sekitar 15 kualiti lain biasanya digunakan untuk perhiasan.

#2 Buat pengujian ketulenan emas percuma

Sebelum jual, lakukan ujian ketulenan di beberapa kedai emas yang menawarkan perkhidmatan pengujian ketulenan emas percuma.

#3 Dapatkan harga daripada beberapa pembeli emas

Cadangan saya, dapatkan ‘quotation’ harga daripada sekurang-kurangnya 3 syarikat atau individu yang sanggup membeli emas rosak anda. Lebih banyak lebih baik.

Dengan cara ini, anda boleh kira purata harga yang akan dibeli, dan anda boleh tahun siapa yang beli pada harga tertinggi. Dan yang paling penting, anda tak tertipu dengan pembeli yang menawarkan harga terlalu rendah.

Jangan terkejut, lain kedai, lain harga dan boleh jadi anda akan dapati perbezaan harga yang sangat besar antara kedai A dan kedai B. Dan jangan terkejut, ada kedai emas terkenal di luar sana ambil emas rosak pada harga yang terlalu rendah dengan kiraan spread sehingga 30% atau lebih!

#4 Mencari pembeli yang mempunyai reputasi baik

Pastikan anda mencari pembeli yang mempunyai reputasi yang baik, dan teliti dalam membuat pengujian dan penilaian.

#5 Consider buat trade in emas patuh syariah

Trade in emas patuh syariah bermaksud (i) Tukar emas dengan emas pada berat yang exactly sama, atau (ii) Jual dulu emas rosak, dapat duit baru beli emas baru.

JUAL EMAS ROSAK

Semua syarikat emas akan jual emas. Tapi tak semua syarikat ini jamin akan beli balik emas yang mereka jual, apatah lagi emas yang kondisinya sudah rosak.

Kalau emas rosak macam dalam gambar di atas, selalunya apa jadi kepada harga emas bila nak jual balik nanti?

Kalau emas ini dibeli di bank, kebanyakan bank tak akan beli balik emas ini. Kita terpaksa menjualnya di kedai emas.

Kalau jual di kedai emas, mereka akan tolak 25% – 40% daripada harga jualan semasa.

Berbeza dengan Public Gold, emas ini dibeli balik dengan spread 10% sahaja. Ia kadar tolakan paling murah di Malaysia bagi emas rosak begini.

Maksudnya, Public Gold merupakan antara syarikat yang membeli harga mahal walaupun emas yang sudah rosak.

Info lanjut untuk jual emas rosak di Public Gold boleh baca di sini.

Untuk lebih yakin, anda boleh bandingkan harga Public Gold dengan harga kedai emas lain.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>