Harga emas turun mendadak sekali lagi hingga $40 per auns pada 17 September 2021, terendah sejak lebih sebulan lepas. Ini puncanya
Menurut sumber kitco.com, punca utama penurunan mendadak harga emas pada 17 September 2021 adalah susulan kenaikan 0.7% dalam penjualan runcit A.S. (U.S. retail sales).
Now apa kaitan retails sales dengan harga emas?
Ok, apa yang berlaku ialah, data perbelanjaan pengguna di AS pada bulan Ogos lebih tinggi daripada jangkaan. Ini memberi harapan bahawa terdapat momentum ke atas pemulihan ekonomi di AS.
Ini telah menyebabkan index US Dollar meningkat dan pasaran emas menerima tekanan penjualan yang ketara.
Walaubagaimanapun, pakar ekonomi di sana menyatakan bahawa kesan COVID-19 belum hilang sepenuhnya.
“Terdapat bukti gelombang Delta mempengaruhi aktiviti kerana data penerimaan restoran tidak berubah pada bulan itu. Sebahagian besar kerosakan dari Delta akan terjadi di sektor perkhidmatan, menunda peralihan perbelanjaan dari barang ke perkhidmatan yang telah dilakukan,” katanya.
Menurut beberapa penganalisis pasaran, data tersebut memberi kesan kepada harga emas kerana ia telah menyokong jangkaan bahawa Federal Reserve dapat mengumumkan rancangannya untuk mengurangkan pembelian bon bulanannya pada pertemuan dasar monetari minggu depan.
Bulan lepas harga emas juga turun mendadak dalam sehari.
Stay tuned di Telegram Emas2U untuk lebih berita & ilmu emas.