Harga emas September 2022 (GAP) terus menunjukkan penurunan, walaubagaimanapun, harga mula bangkit beberapa hari terakhir bulan ini.
Harga emas pada bulan September turun lagi secara purata sebanyak RM9.44 per gram, graf mencatatkan penurunan di separuh pertama bulan September.
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (September 2022)
Tertinggi: RM270
Terendah: RM260
Purata: RM264.40
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Sep 2022)
30-Sep: RM266⬆️
29-Sep: RM264⬆️
28-Sep: RM262⬆️
27-Sep: RM261➖
26-Sep: RM261➖
25-Sep: RM261⬇️
24-Sep: RM262⬇️
23-Sep: RM265⬆️
22-Sep: RM264⬆️
21-Sep: RM263⬆️
20-Sep: RM262➖
19-Sep: RM262➖
18-Sep: RM262➖
17-Sep: RM262⬆️
16-Sep: RM260⬇️
15-Sep: RM265➖
14-Sep: RM265⬇️
13-Sep: RM270⬆️🔝
12-Sep: RM267➖
11-Sep: RM267➖
10-Sep: RM267⬆️
09-Sep: RM266➖
08-Sep: RM266⬆️
07-Sep: RM265⬇️
06-Sep: RM266➖
05-Sep: RM266➖
04-Sep: RM266⬇️
03-Sep: RM267⬆️
02-Sep: RM264⬇️
01-Sep: RM268➖
Analisis Emas September 2022
Artikel bulan September 2022:
- Kenapa Emas Tulen Hanya 99.99% Bukan 100%? Ini Jawapannya
- Emas Turun Terendah 2022, Tapi Ini Amaran Penganalisis
- Amaran Ekonomi 2023 ‘Gelap’, Ini Langkah Berjaga-Jaga
Tindakan Fed menaikkan kadar bagi menangani inflasi telah menyebabkan beberapa siri kejatuhan harga emas sehingga ke paras terendah tahun ini dan sejak lebih 2 tahun lepas.
Bukan itu sahaja, emas juga terus menurun susulan kenaikan kadar faedah kebanyakan bank pusat seluruh dunia
Ini momen penting faktor turun naik harga emas sepanjang September 2022:
1 September 2022: Harga emas dan perak terus menjunam dengan emas mencecah paras terendah dalam enam minggu dan perak terendah sejak lebih daripada dua tahun.
Kejatuhan harga minyak mentah, indeks dolar A.S. yang kukuh, dan hasil Perbendaharaan A.S. yang meningkat adalah puncanya.
Harga emas melepasi bawah paras $1700 ketika ini iaitu $1698 per auns.
3 September 2022: Kadar pengangguran AS yang meningkat melebihi jangkaan sebanyak 3.7% telah memberi kelebihan kepada emas untuk bangkit semula.
Harga emas $1712 per auns ketika ini.
7 September 2022: Emas kembali merosot ke sekitar $1,700 per auns selepas dihentam oleh US dolar yang lebih kukuh.
8 September 2022: Emas dan perak mula bangkit susulan index dolar dan hasil perbendaharaan AS merosot hari ini.
Harga emas $1715 per auns ketika ini.
10 September 2022: Inflasi yang lemah akan menjadi kunci kepada kenaikan emas yang mampan melebihi $1,750.
Jika inflasi menurun, maka ada kemungkinan kita tidak melihat kadar faedah melebihi 4.00%. Jika itu berlaku, ia akan memberikan kelebihan kepada emas.
-Penganalisis pasaran
13 September 2022: Terkini! Emas menjunam ke wilayah negatif apabila tekanan inflasi A.S. meningkat lebih daripada jangkaan
Harga emas $1706 per auns ketika ini
15 September 2022: Emas terus turun lepasi paras $1700 berikutan tekanan jualan susulan daripada kerugian dalam pasaran A.S. Selasa lepas.
Harga emas $1697 per auns ketika ini.
17 September 2022: Kenaikan kadar Fed telah memberi tekanan kepada harga emas, tetapi emas akhirnya akan naik secara agresif – Penganalisis
23 September 2022: Aduh! emas menjunam lagi susulan kenaikan kadar faedah kebanyakan bank pusat seluruh dunia.
Harga emas $1643 per auns ketika ini.
27 September 2022: Lebih banyak tekanan harga ke atas emas dan perak susulan hasil bon kerajaan yang meningkat dan indeks dolar A.S. yang mengukuh.
Harga emas $1631 per auns ketika ini.
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2022 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan September 2022?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.