, ,

Harga Emas Ogos 2023 Mula Bangkit, Tertinggi So Far

Harga emas Ogos 2023 (GAP) menyaksikan kenaikan pada 10 hari terakhir, dengan mencatat harga dalam RM pada paras tertinggi pada 31 Ogos 2023. Baca analisis penuh.

harga emas ogos 2023

Harga emas GAP pada bulan Ogos mula menyaksikan kenaikan, walaupun secara purata menurun sebanyak RM1.06 per gram. Harga pada 31 Ogos 2023 mencatatkan paras tertinggi (dalam RM) menyamai rekod tertinggi iaitu RM316 per gram. Setakat ini, harga emas GAP (RM) tertinggi dalam sejarah pada 3 tarikh berikut:

03 Mei 2023: RM316,

13 Julai 2023: RM316, dan

31 Ogos 2023: RM316

Prestasi Harga Akaun Emas GAP

Tertinggi: RM316 (tertinggi dalam sejarah!)
Terendah: RM305
Purata: RM309.42

31-Aug: RM316⬆️🔝
30-Aug: RM315⬆️
29-Aug: RM314⬆️
28-Aug: RM311➖
27-Aug: RM311➖
26-Aug: RM311⬇️
25-Aug: RM313➖
24-Aug: RM313➖
23-Aug: RM313⬆️
22-Aug: RM309⬆️
22-Aug: RM308➖
21-Aug: RM308➖
20-Aug: RM308➖
19-Aug: RM308⬆️
18-Aug: RM307⬇️
17-Aug: RM308⬇️
16-Aug: RM310⬆️
15-Aug: RM308➖
14-Aug: RM308➖
13-Aug: RM308⬆️
12-Aug: RM307➖
11-Aug: RM307➖
10-Aug: RM307⬇️
09-Aug: RM309➖
08-Aug: RM309⬇️
07-Aug: RM310➖
06-Aug: RM310➖
05-Aug: RM310⬆️
04-Aug: RM309⬆️
03-Aug: RM306⬆️
02-Aug: RM305⬇️
01-Aug: RM309⬇️

Analisis Emas Ogos 2023

graf harga emas gap ogos 2023

Artikel bulan Ogos 2023:

  1. 3 Tips Menjual Emas Di Luar Negara. Ada Video
  2. Scam Tok Belagak: Kenapa Ramai Terkena?

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Ogos 2023:

3 Aug 2023: Aduh! Belum sempat meroket emas menjunam pula berikutan kenaikan indeks dolar A.S. ke paras tertinggi tiga minggu, kenaikan hasil Perbendaharaan A.S. dan penjualan minyak mentah.

4 Aug 2023: Jaga-jaga, pengumuman data NFP malam ni mungkin beri kesan kepada harga emas. Stay tuned untuk update terkini

4 Aug 2023: Harga emas naik sedikit pada awal dagangan A.S. hari Jumaat, dengan harga perak hanya turun sedikit, susulan laporan pekerjaan A.S. untuk bulan Julai yang menghampiri jangkaan pasaran.

10 Aug 2023: Harga emas dan perak turun dengan kedua-dua logam jatuh ke paras terendah empat minggu susulan laporan ekonomi dari China yang menunjukkan permintaan pengguna yang kurang untuk barangan dan perkhidmatan, termasuk logam.

17 Aug 2023: Harga emas jatuh ke paras terendah dalam 5 bulan, lepasi bawah paras $1,900 selepas pengumuman Fed yang memberi isyarat bahawa kadar faedah akan terus dinaikkan.

22 Aug 2023: Dalam diam-diam harga emas dah naik balik, cecah paras $1,900

24 Aug 2023: Harga emas dan perak melonjak dalam dagangan A.S., dirangsang oleh indeks dolar A.S. yang lemah dan penurunan dalam hasil Perbendaharaan A.S.

29 Aug 2023: Harga emas melonjak apabila data Consumer Confidence A.S. jatuh kepada 106.1. Data ini jatuh jauh di bawah jangkaan iaitu 116.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2023 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan September 2023?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>