, ,

Harga Emas November 2023 Terus Meroket, Ini Analisis Penuh

Harga emas November 2023 (GAP) mencatatkan kenaikan harga secara purata pada RM324.87, naik 2% berbanding Oktober. Baca analisis penuh.

harga emas november 2023

Harga emas GAP pada bulan November menyaksikan pengukuhan di paras tinggi, secara purata naik sebanyak RM7.22 per gram.

Graf emas menyaksikan harga emas melakukan comeback selepas turun sedikit pada pertengahan bulan. Faktor utama kenaikan mendadak ini masih disebabkan ketegangan yang berlaku di timur tengah antara Palestin dan penjajah haram Israel.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP

Tertinggi: RM332
Terendah: RM318
Purata: RM324.87

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (November 2023)

30-Nov: RM332⬆️🔝
29-Nov: RM331⬆️
28-Nov: RM329⬆️
27-Nov: RM327➖
26-Nov: RM327➖
25-Nov: RM327⬆️
24-Nov: RM326➖
23-Nov: RM326➖
22-Nov: RM326⬆️
21-Nov: RM322⬇️
20-Nov: RM324➖
19-Nov: RM324➖
18-Nov: RM324⬇️
17-Nov: RM325⬆️
16-Nov: RM320⬇️
15-Nov: RM323⬆️
14-Nov: RM319➖
13-Nov: RM319➖
12-Nov: RM319➖
11-Nov: RM319⬇️
10-Nov: RM321⬆️
09-Nov: RM319⬆️
08-Nov: RM318⬇️
07-Nov: RM321⬇️
06-Nov: RM329➖
05-Nov: RM329➖
04-Nov: RM329➖
03-Nov: RM329⬇️
02-Nov: RM330⬇️
01-Nov: RM332➖🔝

Analisis Harga Emas November 2023

harga emas gap november 2023

Artikel bulan November 2023:

  1. Inflasi Dramatik Akan Berlaku, Ini Amaran Sheikh Imran Hosein
  2. 6 Faktor Mempengaruhi Harga Emas Tahun 2024
  3. Harga Emas Akan Mencecah $3000 Tahun 2024?

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang November 2023:

10 Nov 2023: Emas, perak melantun semula apabila indeks dolar AS menurun, dan harga minyak mentah naik.

15 Nov 2023: Harga emas dan perak melonjak berikutan (1) laporan inflasi A.S. utama pagi ini yang lebih rendah daripada jangkaan pasaran, (2) bacaan indeks dolar A.S. yang merosot dan menurunkan hasil Perbendaharaan A.S.

15 Nov 2023: Harga emas boleh naik $700 lebih tinggi kerana A.S. menghadapi lingkaran hutang – Felder Report

22 Nov 2023: Jaga-jaga, harga emas naik hampiri paras $2k susulan pengumuman data jualan rumah A.S. dan data penunjuk ekonomi yang menurun.

26 Nov 2023: Dalam diam-diam harga emas sudah naik lepasi paras $2k susulan pengumuman data tinjauan ekonomi AS yang ‘kacau-bilau’.

29 Nov 2023: Jika trend semasa berkekalan, harga emas boleh pecah rekod mencapai paras baru tertinggi dalam sejarah dalam masa 10 hari.
– MKS PAMP

Harga emas tertinggi dalam sejarah: $2,074.88 per auns

Sekarang: $2,045 per auns

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2023 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Disember 2023?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>