, , ,

Harga Emas Jun 2026 Menjunam, Kenapa Ya?

Harga emas Jun 2026 menyaksikan sekali lagi penurunan, selepas turun sejak dalam bulan Mac, terburuk dalam 43 tahun. Secara purata emas turun sekitar RM30.80. Ada beberapa sebab utama penurunan harga emas dalam bulan Jun. Baca analisis penuh.

harga emas jun 2026

Harga emas GAP pada bulan Jun 2026 secara purata mencatatkan penurunan, dengan purata harga pada RM604.27 per gram, turun sebanyak RM30.80 per gram berbanding Mei, bersamaan sekitar 5.1%!

Punca penurunan ada dikongsikan di bawah.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 1 Julai 2026, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $5,608.35 per auns dipecahkan dalam bulan bulan Januari 2026 (join channel Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (06/2026)

Tertinggi: RM630
Terendah: RM573
Purata: RM604.27

30-Jun: RM573⬇️
29-Jun: RM592⬆️
28-Jun: RM585⬇️
27-Jun: RM586⬆️
26-Jun: RM581⬇️
25-Jun: RM593⬇️
24-Jun: RM599⬇️
23-Jun: RM610⬆️
22-Jun: RM602➖
21-Jun: RM602⬆️
20-Jun: RM601⬇️
19-Jun: RM609⬇️
18-Jun: RM620⬆️
17-Jun: RM617➖
16-Jun: RM617⬆️
15-Jun: RM599➖
14-Jun: RM599➖
13-Jun: RM599⬆️
12-Jun: RM582⬇️
11-Jun: RM585⬇️
10-Jun: RM607⬇️
09-Jun: RM617⬆️
08-Jun: RM610➖
07-Jun: RM610⬇️
06-Jun: RM611⬇️
05-Jun: RM626⬆️
04-Jun: RM620⬇️
03-Jun: RM627⬆️
02-Jun: RM619⬇️
01-Jun: RM630➖🔝

Analisis Harga Emas

graf harga emas gap jun 2026

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Malaysia Antara 6 Negara Baru Mula Beli Emas. Ini Sebabnya
  2. Top 10 Kerjaya Gaji Tertinggi di Malaysia 2026
  3. Hati-Hati! Ini Taktik Baru Scam Pelaburan Emas

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Jun 2026:

10 Jun: Jaga-jaga! Harga emas menjunam hari ini hanya sementara.

Penganalisis memaklumkan harga akan naik semula dalam seawal bulan ini juga.

Namun, sebelum harga naik, ada kemungkinan akan turun lagi dalam masa terdekat. Baca analisis penuh di sini.

Semoga dapat membantu anda merancang gold buy/sell anda bulan ini.

11 Jun: Harga emas dan perak dunia jatuh mendadak selepas penutupan dagangan pada hari Rabu. Kejatuhan ini didorong oleh (i) laporan inflasi Amerika Syarikat bagi bulan Mei, (ii) kenaikan hasil bon Perbendaharaan AS (Treasury yields), serta (iii) ketegangan yang kembali memuncak antara Amerika Syarikat dan Iran.

17 Jun: Menurut laporan penyelidikan terbaru Barclays, harga emas secara keseluruhan telah jatuh sebanyak 26% sepanjang tempoh ketegangan geopolitik yang melibatkan Iran baru-baru ini. Dalam jangka pendek, pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), kenaikan hasil bon kerajaan AS, serta prestasi pasaran saham yang kukuh telah menyebabkan pelabur mengalihkan dana mereka daripada emas ke aset lain.

Namun begitu, faktor-faktor yang menyokong kenaikan harga emas untuk jangka panjang masih kekal utuh. Antaranya ialah kebimbangan terhadap inflasi, usaha negara-negara mempelbagaikan simpanan rizab mereka, serta pembelian emas yang berterusan oleh bank-bank pusat di seluruh dunia.

18 Jun: Harga emas turun sedikit pada hari Khamis selepas nilai dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh dan kenyataan tegas daripada Bank Pusat AS (Federal Reserve) mengurangkan minat pelabur terhadap emas yang dianggap tidak memberikan pulangan faedah.

Harga emas spot susut 0.3% kepada US$4,245.99 seauns setakat jam 11:22 GMT, selepas jatuh 1.7% pada hari Rabu. Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas AS turut merosot lebih besar iaitu 2.6% kepada US$4,265.50 seauns.

23 Jun: Harga emas menjunam lagi sekitar 2%, ditekan oleh pengukuhan dolar AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah Fed AS dalam tahun ini, sementara pelabur menilai rundingan damai AS-Iran.

25 Jun: Harga emas terus berada di bawah tekanan dan menghampiri paras terendah dalam tempoh tujuh bulan. Hari ini, harga emas meneruskan kejatuhan selepas mencecah paras rendah sehari sebelumnya.

Penurunan ini berlaku kerana nilai dolar AS semakin kukuh, didorong oleh jangkaan bahawa Bank Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin akan menaikkan kadar faedah lagi pada tahun ini.

Apabila kadar faedah dijangka meningkat, pelabur cenderung beralih kepada aset yang memberi pulangan lebih tinggi, sekali gus mengurangkan tarikan emas sebagai aset pelaburan.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2026 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Julai 2026?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>