Harga emas April 2022 (GAP) menunjukkan kenaikan secara purata sebanyak 0.18%, ini analisis penuh 3 punca utama naik-turun harga emas bulan ini.
Harga emas semasa pada bulan April terus menyaksikan kenaikan secara purata dalam sebulan walaupun tidak terlalu mendadak.
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (April 2022)
Tertinggi: RM290
Terendah: RM279
Purata: RM284.20
30-Apr: RM287⬆️
29-Apr: RM284⬆️
28-Apr: RM283⬇️
27-Apr: RM285⬆️
26-Apr: RM283⬇️
25-Apr: RM284➖
24-Apr: RM284➖
23-Apr: RM284⬇️
22-Apr: RM285⬇️
21-Apr: RM286⬆️
20-Apr: RM285⬇️
19-Apr: RM290⬆️🔝
18-Apr: RM288➖
17-Apr: RM288➖
16-Apr: RM288⬆️
15-Apr: RM287⬇️
14-Apr: RM289⬆️
13-Apr: RM287⬆️
12-Apr: RM285⬆️
11-Apr: RM284➖
10-Apr: RM284⬆️
09-Apr: RM283⬆️
08-Apr: RM282⬆️
07-Apr: RM281⬆️
06-Apr: RM280➖
05-Apr: RM280⬆️
04-Apr: RM279➖
03-Apr: RM279⬇️
02-Apr: RM280⬇️
01-Apr: RM282⬆️
Analisis Emas April 2022
Peristiwa bulan April 2022:
Peperangan Russia-Ukraine, kebimbangan inflasi dan tindakan dasar monetori oleh Fed merupakan faktor utama naik-turun harga emas April 2022.
1 April 2022: Selagi konflik Rusia-Ukraine belum ada penyelesaian, selagi itulah harga emas berada dalam keadaan tidak menentu.
6 April 2022: Emas terus suram susulan kenyataan Fed yang memberi isyarat bahawa beberapa siri kenaikan interest akan dilakukan tahun ini bagi mendorong dasar monetori AS.
Harga emas $1927 per auns ketika ciapan ini ditulis.
11 April 2022: Tindakan ketenteraan Rusia yang semakin meningkat berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine terus mewujudkan ketidaktentuan geopolitik.
Ini akan memanjangkan peningkatan inflasi apabila negara-negara di seluruh dunia memperuntukkan sejumlah besar modal untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi.
Kesannya, harga emas akan terus meningkat jika 2 isu di atas berlarutan.
11 April 2022: Emas terus melonjak susulan (1) Kenyataan Putin untuk mencapai kemenangan di Ukraine dalam 4 minggu, dan (2) Kejatuhan dalam saham dan dolar AS
Harga emas $1959 per auns ketika ciapan ini ditulis
12 April 2022: Jaga-jaga! White House menjangkakan peningkatan data inflasi ‘luar biasa’ dalam laporan baharu yang akan diumumkan malam ini.
Data inflasi naik -> harga emas naik
12 April 2022: Dah agak dah! Harga emas melonjak ke paras $1,970 per auns apabila data inflasi meningkat kepada 8.5% pada bulan Mac, tertinggi sejak 40 tahun lepas.
15 April 2022: Dolar AS adalah halangan utama emas untuk mencapai paras $2k.
Harga emas $1974 per auns ketika ini.
18 April 2022: Harga emas melonjak kira-kira 1% kepada paras tertinggi dalam lebih satu bulan pada hari Isnin kerana (1) kebimbangan terhadap kejatuhan ekonomi susulan perang Rusia-Ukraine dan (2) inflasi yang melonjak. Ini mendorong pelabur beralih kepada emas sebagai aset selamat.
Harga emas $1993 per auns ketika ciapan ini ditulis.
20 April 2022: Emas menerima tekanan oleh pasaran saham yang stabil.
Harga emas turun, $1949 per auns ketika ini.
23 April 2022: Emas terus merosot apabila Fed bersedia untuk melawan inflasi. Dalam kenyataan terkini oleh Pengerusi Powell, beliau menegaskan tahap inflasi sedang memuncak, tetapi bersifat sementara dan akan mula menurun.
Harga emas $1932 per aus ketika ini
25 April 2022: Harga emas turun bawah paras $1,900 dan harga perak jatuh di bawah $24 per auns, penganalisis menjangkakan harga akan turun lebih rendah.
Ini susulan kenaikan kadar AS agresif yang mendorong kenaikan dolar AS yang juga dijangka dapat mengawal inflasi.
Harga emas $1895 per auns ketika ini.
28 April 2022: Harga emas ‘dipukul teruk’ oleh kenaikan dolar A.S. dan peningkatan hasil bon kerajaan.
Harga emas $1885 per auns ketika ciapan ini ditulis
29 April 2022: Dalam diam-diam emas mendaki semula menjelang hujung minggu
Harga emas $1915 per auns ketika ciapan ini ditulis
Berita mengenai pengurangan serangan ini meningkatkan sentimen risiko, mendorong saham A.S. lebih tinggi, dan menyebabkan harga emas berundur kembali ke bawah paras $1,920 per auns.
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2022 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan Mei 2022?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.