,

Rupanya Ini Punca Ringgit Jatuh Teruk Berbanding Dollar Singapura

Ringgit Malaysia (RM) jatuh ‘menggila’ ekoran pelarasan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan faktor kejatuhan nilai mata wang tempatan.

ringgit jatuh

Umum mengetahui bahawa pada 25 April 2022 lalu, dolar Singapura (SGD) telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), pada 3.1696 semasa sesi penutupan, berbanding ringgit Malaysia (RM) ekoran pelarasan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan faktor kejatuhan nilai mata wang tempatan.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata MAS telah mengetatkan dasar monetarinya, dengan menyasarkan kenaikan kadar pertukaran berkesan nominal (NEER), telah dorong permulaan yang baik kepada SGD.

Sementara di seberang tambak pula, RM berterusan melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (USD) pada 4.357, paras terendahnya sejak 18 Mei 2020 ketika RM didagangkan pada 4.3610.

Faktor Ringgit Jatuh Melemah

Terang Afzanizam, RM kini dibelenggu ketidakpastian Federal Reserve (Fed) dalam peralihan ke fasa pengetatan dasar monetari yang mana bank pusat Amerika Syarikat tersebut bakal menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat bulan Mei ini.

Sementara itu, beliau menambah bahawa peningkatan harga komoditi, yang memberi manfaat kepada kerajaan dan membuka lebih banyak ruang kepada dasar, adalah penting kerana pemulihan ekonomi masih di peringkat awal.

Ia secara tidak langsung menandakan ekonomi Malaysia sepatutnya memulih dengan baik tahun ini.

Bagi menyokong kenyataan tersebut, Afzanizam memetik laporan indeks harga pengguna (CPI) yang naik 2.2% buat 2 bulan berturut-turut, menandakan infasi kekal stabil buat masa ini.

Ia secara tidak langsung juga membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dengan stabil.

Faktor Pertumbuhan China

Pada sisi yang berbeza, penganalisis kanan dan ahli ekonomi OANDA, Jeffrey Halley melaporkan bahawa RM menjadi penunjuk kelemahan pertumbuhan ekonomi China, memandangkan negara tersebut adalah rakan dagangan terbesar Malaysia.

Terangnya, sentimen ringgit lebih tercenderung kepada pertumbuhan di China dan andai China melancarkan rancangan untuk merangsang ekonominya atau Yuan menjadi lemah, maka barulah RM akan kembali kukuh.

Faktor Minyak Mentah dan Minyak Sawit Mentah Pada Ringgit

Di sebalik Malaysia menjadi pengeksport bersih minyak mentah dan pengeluar utama minyak sawit mentah (CPO), produk itu dilihat gagal mengimbangi eksport terbesar negara.

Hujah pakar strategi kanan FX di DBS Group, Philip Wee, disebabkan faktor tersebut, RM lebih terdedah kepada kelembapan dalam prospek pertumbuhan global selain turut menjadi penyebab kepada apungan terurus yang berkait rapat dengan mata wang Asia yang pesat membangun.

sumber: Intraday via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>