Emas2U.com – Lihat prestasi harga emas tahun 2019 dan ketahui ekspektasi harga emas tahun 2020
Analisa Harga Emas 2019
Harga emas pada tahun 2019 menyaksikan terdapat kenaikan harga mendadak sehingga mencapai harga tertinggi pada bulan Ogos 2019. Pada bulan Ogos 2019 harga emas di Public Gold mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah apabila mencecah RM218 per gram.
Penyimpan emas yang membeli emas sebelum dan pada awal tahun 2019 boleh mendapat pulangan menguntungkan jika jual semula pada bulan Ogos 2019.
Fenomena kenaikan harga emas yang luar biasa ini jarang berlaku kerana pulangan simpanan emas biasanya berlaku jangka masa panjang.
Kajian mendapati antara punca terbesar kenaikan harga emas mendadak ini ialah perang dagang US-China. Selain itu, faktor lain seperti permintaan yang tinggi, kejatuhan matawang USD atau RM dan kadar inflasi juga menjurus ke arah kenaikan harga emas.
Ekspektasi Harga Emas 2020
Harga Emas 2020. Adakah harga emas akan naik tahun 2020?
Menerusi laman web Bank Bazaar, keputusan dari penyelidikan tertentu telah meramalkan bahawa harga emas akan melonjak sekurang-kurangnya 260% pada $ 5,000 satu auns menjelang tahun 2020. Ramalan itu agak berani dan hanya tiga faktor utama yang sebenarnya dapat membantu emas naik ke harga $ 5,000 auns dalam hanya tiga tahun dan enam bulan (2020).
3 faktor itu ialah (1) Ekonomi global yang rapuh, (2) Penurunan matawang dan (3) Diskaun perdagangan emas.
Beberapa tahun lepas juga terdapat ramalan harga emas yang akan mencecah RM503 per gram. Ramalan ini bukan dibuat oleh syarikat biasa-biasa tetapi oleh Bank Standard Chartered dunia.
Walaubagaimanapun, ianya hanya ramalan dan tak sesiapa pun tahu harga emas tahun 2020 akan naik atau turun.
Selain itu, pulangan yang kecil kepada pelaburan wang ringgit juga menyaksikan lebih ramai pelabur mula mencari alternatif pelaburan yang lebih kukuh, antaranya pelaburan emas.
Nasihat kami, pelbagaikan pelaburan. Pelaburan wang ringgit, pelaburan hartanah dan pelaburan emas. Ketiga-tiga jenis pelaburan ini ada kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Simpan emas gunakan duit saving yang takkan digunakan dalam masa terdekat.
Persoalan tentang emas? Tanya saya anytime
Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158
https://emas2u.com