, , ,

Harga Emas Naik Melepasi Paras $4200. Ini 4 Faktor Utama

Harga Emas Naik Melepasi Paras $4200 | Harga emas melonjak menghampiri AS$4,200 per auns selepas laporan pekerjaan sektor swasta Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang lebih perlahan daripada jangkaan. Keadaan ini menyebabkan pelabur mula percaya bahawa bank pusat AS (Fed) mungkin tidak akan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat, sekali gus memberi sokongan kepada harga emas.

Harga Emas Naik Melepasi Paras $4,200

Selain emas, harga perak turut mencatatkan kenaikan apabila pelabur kembali membeli logam berharga sebagai langkah berhati-hati menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Mengapa harga emas naik melepasi $4200 per auns?

4 faktor utama menyumbang kepada kenaikan harga emas:

  1. Data pekerjaan AS lebih lemah daripada jangkaan. Laporan ADP menunjukkan hanya sekitar 44,000 pekerjaan baharu diwujudkan pada Julai. Ini memberi petunjuk bahawa ekonomi AS mula perlahan.
  2. Jangkaan kenaikan kadar faedah semakin berkurang. Apabila peluang Fed menaikkan kadar faedah menurun, emas menjadi lebih menarik kerana kos memegang emas juga menjadi lebih rendah.
  3. Nilai dolar AS sedikit lemah dan hasil bon kerajaan AS menurun. Kedua-dua faktor ini biasanya membantu meningkatkan permintaan terhadap emas.
  4. Harga minyak lebih rendah. Penurunan harga minyak mengurangkan kebimbangan terhadap inflasi, sekali gus mengubah jangkaan pasaran terhadap dasar Fed.

Walaupun ketegangan di Timur Tengah dilihat semakin reda selepas rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran menunjukkan perkembangan positif, situasi masih belum benar-benar selesai. Sebarang perubahan mendadak dalam konflik tersebut masih berpotensi mempengaruhi harga emas pada bila-bila masa.

Penganalisis turut berpendapat bahawa paras sekitar AS$4,000 seauns kini menjadi zon sokongan yang agak kukuh. Jika sentimen positif berterusan dan data ekonomi AS terus menunjukkan kelembapan, harga emas berpotensi melepasi paras AS$4,200 dan bergerak lebih tinggi. Namun, jika laporan pekerjaan rasmi AS yang bakal diumumkan menunjukkan pasaran buruh masih kukuh, kemungkinan Fed menaikkan kadar faedah akan meningkat semula dan ini boleh mengehadkan kenaikan harga emas.

Buat masa ini, pelabur sedang memberi tumpuan kepada beberapa data ekonomi penting AS, terutamanya laporan pekerjaan bulanan. Data tersebut dijangka menjadi penentu utama hala tuju dasar Fed dan pergerakan harga emas dalam tempoh terdekat. Sekiranya ekonomi terus perlahan, emas berpotensi meneruskan momentum kenaikannya. Sebaliknya, jika data lebih kukuh daripada jangkaan, harga emas mungkin menghadapi tekanan untuk turun semula.

Nota: Ketika artikel ini ditulis, harga emas sudah mencecah lebih $4,220 per auns

Sumber: Kitco via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>