, , , ,

7 Cara Uji Ketulenan Emas

7 Cara Uji Ketulenan Emas | Baru-baru ini negara dikejutkan dengan sindiket penjualan emas celup besar-besaran. Emas bukan sekadar cantik dipakai, malah menjadi aset bernilai yang sering dijadikan simpanan dan pelaburan. Namun, lambakan emas tiruan dan emas celup di pasaran menyebabkan pembeli perlu lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan. Mengetahui cara menguji ketulenan emas dapat membantu anda mengelakkan penipuan serta memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar berbaloi.

7 Cara Uji Ketulenan Emas

Menurut sumber HMetro:

Sindiket penipuan emas kini dikesan semakin licik apabila bukan sahaja memperdaya pembeli dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran, malah menggunakan campuran logam seperti tembaga, perak dan tungsten bagi mengurangkan kandungan emas tulen tanpa disedari pengguna.

Lebih membimbangkan, hasil pendedahan eksklusif Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kepada Harian Metro menunjukkan kebanyakan mangsa diperdaya menerusi urus niaga dalam talian yang menyukarkan pembeli memeriksa ketulenan barang kemas sebelum membuat bayaran.

Berdasarkan rekod rasmi yang diperolehi, KPDN menerima lapan aduan penipuan emas sepanjang 2025 hingga Jun tahun ini, dengan lima daripadanya membabitkan pembelian secara dalam talian.

Daripada jumlah itu, enam aduan direkodkan sepanjang 2025, manakala dua lagi diterima bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Sehubungan dengan itu, kami di Emas2U terpanggil untuk kongsikan cara menguji ketulenan emas supaya anda tidak mudah tertipu dengan sindiket ini.

Berikut 7 cara-cara menguji ketulenan emas (no 1 paling senang):

7 Cara Uji Ketulenan Emas

1. Ujian Magnet

Emas tulen tidak akan melekat pada magnet. Jika ia melekat, kemungkinan besar ia mengandungi logam lain dan bukan emas tulen.

2. Ujian Asid Nitrik

Emas tulen tidak berubah warna apabila dititiskan asid nitrik. Logam tiruan biasanya akan bertindak balas atau berubah warna.

3. Ujian Bunyi

Apabila diketuk, emas tulen menghasilkan bunyi yang nyaring dan berpanjangan berbanding logam biasa.

4. Ujian Spektrometer XRF (X-Ray Fluorescence)

Menggunakan sinaran X-ray untuk menganalisis komposisi logam tanpa merosakkan barang kemas. Kaedah ini sangat tepat dan digunakan secara meluas oleh kedai emas.

5. Ujian Penimbang Ketumpatan Hidrostatik (Hydrostatic Balance)

Mengukur graviti spesifik (Specific Gravity) emas dengan menimbangnya di udara dan di dalam air. Sangat berkesan untuk mengesan emas palsu yang mempunyai logam lain di bahagian dalam.

6. Alat Penguji Elektronik (Electronic Gold Tester)

Peranti mudah alih yang menggunakan arus elektrik untuk menganggarkan ketulenan emas, biasanya boleh menguji emas daripada 10K hingga 24K dengan cepat.

7. Alat Penguji Ultrasonik (Ultrasonic Flaw Detector)

Menggunakan gelombang ultrasonik bagi mengesan rongga, rekahan atau logam lain yang tersembunyi di dalam jongkong emas tanpa perlu memotongnya.

7 Cara Uji Ketulenan Emas | Emas Tulen vs Emas Celup

Walaupun beberapa ujian asas seperti magnet, bunyi dan asid nitrik boleh memberikan petunjuk awal, kaedah paling tepat tetap menggunakan peralatan khas seperti XRF atau penguji emas elektronik di kedai emas yang dipercayai. Sebagai pengguna, jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah. Sentiasa beli daripada penjual yang berdaftar dan mempunyai reputasi baik supaya anda memperoleh emas tulen yang berkualiti serta bernilai untuk jangka panjang.

Nak beli emas yang dijamin tulen, dikeluarkan oleh syarikat jual beli emas #1 Malaysia? PM Cik Ida untuk bimbingan percuma.

Sumber: HMetro via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>