, , ,

Harga Emas Mei 2026 Turun Lagi, Ini Sebabnya

Harga emas Mei 2026 menyaksikan sekali lagi penurunan, selepas turun sejak dalam bulan Mac, terburuk dalam 43 tahun. Secara purata emas turun sekitar RM22.88. Ada beberapa sebab utama penurunan harga emas dalam bulan Mei. Baca analisis penuh.

harga emas mei 2026

Harga emas GAP pada bulan Mei 2026 secara purata mencatatkan penurunan, dengan purata harga pada RM635.06 per gram, turun sebanyak RM22.88 per gram berbanding Februari, bersamaan sekitar 3.6%!

Punca penurunan? Ketidakpastian geopolitik, matawang dolar AS dan kadar Fed.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 31 Mei 2026, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $5,608.35 per auns dipecahkan dalam bulan bulan Januari 2026 (join channel Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (05/2026)

Tertinggi: RM648
Terendah: RM615
Purata: RM635.06

31-Mei: RM630⬇️
30-Mei: RM634⬆️
29-Mei: RM624⬆️
28-Mei: RM615⬇️
27-Mei: RM626⬇️
26-Mei: RM631⬇️
25-Mei: RM633⬆️
24-Mei: RM626⬇️
23-Mei: RM627⬇️
22-Mei: RM631⬆️
21-Mei: RM630⬆️
20-Mei: RM627⬇️
19-Mei: RM637⬆️
18-Mei: RM627➖
17-Mei: RM627➖
16-Mei: RM627⬇️
15-Mei: RM639⬇️
14-Mei: RM646⬆️
13-Mei: RM646⬇️
12-Mei: RM648⬆️🔝
11-Mei: RM646➖
10-Mei: RM646➖
09-Mei: RM646⬇️
08-Mei: RM647⬆️
07-Mei: RM645⬆️
06-Mei: RM630⬆️
05-Mei: RM628⬇️
04-Mei: RM641➖
03-Mei: RM641⬇️
02-Mei: RM645⬆️
01-Mei: RM641⬆️

Analisis Harga Emas

graf harga emas gap mei 2026

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Harga Emas Naik Lebih 2%. Ini Sebabnya
  2. Bank Pusat Masih Borong Emas. Ini Sebabnya
  3. Kenapa India Minta Rakyatnya Berhenti Beli Emas?

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Mei 2026:

1 Mei: Kenaikan harga emas dan perak susulan penyusutan dolar AS.

Emas melonjak $78, manakala perak bertambah $0.46. Kenaikan ini dikaitkan dengan ketidakpastian makroekonomi yang berterusan, jangkaan dasar monetari yang berubah-ubah, dan ketegangan geopolitik yang tidak menunjukkan tanda-tanda reda.

9 Mei: Bank-bank pusat dunia masih mengumpul emas

Kenaikan emas mungkin tersekat pada paras neutral buat masa ini, tetapi bank-bank pusat dunia terus menghantar isyarat yang jelas kepada pasaran: mereka kekal sebagai pembeli yang komited, mengambil peluang harga rendah, walaupun di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu.

30 Mei: 3 Berita Penting Emas & Perak Minggu Ini

1. Emas Jatuh ke Paras Terendah 2 Bulan

Pada Khamis (28 Mei), harga emas spot jatuh ke paras terendah dalam dua bulan iaitu AS$4,356.76 per auns, namun kemudian ditutup lebih tinggi dan terus pulih. Tekanan harga berpunca daripada kenaikan harga minyak mentah yang memicu kekhawatiran inflasi dan meningkatkan jangkaan terhadap potensi kenaikan kadar faedah AS.

2. Perjanjian Gencatan Senjata AS–Iran Jadi Pemangkin Kenaikan Emas

Kenaikan harga emas pada 29–30 Mei didorong oleh berita bahawa Amerika Syarikat dan Iran mungkin telah bersetuju memperpanjang gencatan senjata, yang meredakan tekanan geopolitik di pasaran global.

3. Perak Naik Susulan Dolar AS Lemah

Pada 27 Mei, harga perak spot melonjak 0.6% ke AS$77.40 per auns troy, didorong oleh pelemahan dolar AS dan tumpuan pelabur terhadap data inflasi PCE Amerika yang dijadual diumumkan pada 28 Mei. Namun, menjelang 30 Mei, harga perak spot susut 0.2%

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2026 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Jun 2026?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>