Emas Turun Hanya Sementara | 4 hari lepas harga emas turun menjunam, terburuk dalam hampir 50 tahun. Ketika artikel ini ditulis, emas sudah mendaki 3.36% dan perak 3.89%. Menurut penganalisis pakar, ada 4 fasa sebelum harga emas naik semula. Kita kini di fasa 1. Teruskan membaca.

Sebelum itu, kenapa harga emas menjunam teruk?
Faktor utama adalah kerana harga minyak melonjak susulan peperangan AS Israel-Iran apabila Iran mengenakan sekatan ke atas Selat Hormuz. Apabila harga minyak melambung, ianya memberi kesan besar kepada kestabilan ekonomi global.
Sebagai tindakbalas untuk menampung kelangsungan hidup, ramai pelabur termasuk bank pusat negara melakukan ‘panic sell’ (jualan panik) emas. Sebagai contoh, negara Turkiye menjual 58.4 ton emas untuk mendapatkan dana kecemasan (sumber: Kitco)
Artikel berkaitan: Emas Mengalami Penurunan Terburuk Dalam 43 Tahun
Untuk mudah faham, ini flow yang berlaku apabila harga minyak naik:
Harga minyak naik ➔ Inflation expectation naik ➔ Federal reserve tak boleh cut rates ➔ Treasure yields naik ➔ Dolar AS naik ➔ Memberi tekanan kepada emas bila ramai prefer jual emas dan invest dalam dollar.
Emas Turun Hanya Sementara
Namun penganalisis memberi amaran bahawa kejatuhan harga emas ini hanya sementara.
Jika dilihat sejarah dalam 50 tahun, setiap kali harga minyak naik, ia akan disusuli dengan kenaikan harga emas disebabkan hutang bertambah, bank sentral dan ramai pelabur akan buat belian emas pada harga rendah.
So bila akan naik balik? Ini 4 fasa selepas kenaikan harga minyak
Fasa 1: Ramai panik sell termasuk bank pusat (dalam 1-4 minggu) ➔ Harga emas turun
Fasa 2: Panik reda, fear berkurangan (dalam 2-3 bulan) ➔ Harga emas turun, mula stabil
Fasa 3: Pasaran mula pulih, emas mula mendapat sambutan, bank pusat mula pembelian, kadar hutang berkurangan. Mereka yang jual dalam fasa 2 mula berharap harga emas turun balik (4-18 bulan)
Fasa 4: New ATH (+12 bulan)
4 fasa ini bukan direka-reka tetapi berdasarkan kajian graf harga minyak vs emas yang dilakukan dalam tempoh 50 tahun. Trendnya secara umum begitu. Anda boleh lakukan kajian sendiri dengan menilai graf pada tahun 1979, 1991, 2001 (11 September), dan 2022.
Sumber: Kitco via Emas2U



