Emas & Perak Pecah Rekod Tertinggi | Harga emas dunia melonjak melepasi US$4,500 (sekitar RM19,000) per auns untuk pertama kali dalam sejarah pada 24 Disember 2025. Ini menunjukkan permintaan tinggi terhadap logam berharga ketika pelabur mencari aset βselamatβ untuk melindungi harta mereka.

Ini yang berlaku di pasaran logam:
- Emas mencapai rekod tertinggi lebih US$4,525 per auns.
- Perak juga mencatatkan harga tertinggi sekitar US$72.70 per auns.
- Platinum melonjak ke paras tertinggi lebih US$2,300 per ounce.
- Palladium, sejenis lagi logam berharga, meningkat ke paras tertinggi dalam tiga tahun.
3 sebab harga emas & perak pecah rekod
π Ramai pelabur membeli logam berharga kerana:
- Ketidakpastian geopolitik dan ketegangan perdagangan global β ramai takut dengan pergolakan ekonomi dan perang.
- Jangkaan bank pusat AS akan menurunkan kadar faedah pada 2026 β jika kadar faedah rendah, pelabur akan cenderung memilih simpanan emas kerana mempunyai nilai intrinsik yang tinggi.
- Permintaan dari bank-bank pusat dan dana pelaburan besar yang terus beli emas sebagai simpanan nilai.
Berapa banyak peningkatan harga dalam tahun 2025?
π Emas naik lebih 70% sejak awal 2025 β ini adalah lonjakan terbesar sejak 1979.
π Perak melonjak lebih 150% kerana permintaan pelaburan kuat dan kenaikan penggunaan dalam industri.
π Platinum dan palladium juga meningkat lebih 100% disebabkan kekurangan bekalan dan permintaan tinggi.
Ramalan penganalisis
π‘ Ada penganalisis yang berkata harga emas boleh mencecah US$5,000 dan perak mungkin capai sekitar US$80 dalam 6β12 bulan akan datang jika trend ini berterusan. Baca ramalan 13+1 penganalisis profesional.
Walaupun harga emas dan perak pecah rekod, namun ia masih jauh lebih rendah berbanding ramalan 13+1 penganalisis profesional. Masih belum terlambat untuk bermula. PM admin Emas2U untuk bimbingan percuma.
Sumber: Reuters via Emas2U



