Harga emas Oktober 2025 secara purata menyaksikan kenaikan mendadak dengan rekod All Time High dipecahkan sebanyak 10 kali dalam sebulan. Lonjakan luar biasa ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Namun harga emas menjunam di hujung bulan. Baca analisis penuh.

Harga emas GAP pada bulan Oktober 2025 secara purata mencatatkan kenaikan mendadak, dengan purata harga pada RM537.97 per gram, naik sebanyak RM60.45 per gram berbanding September, bersamaan sekitar 11.24%!
Punca kenaikan? Baca kongsian berita di bawah.
Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 1 November 2025, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $4,381.58 per auns dipecahkan dalam bulan Oktober 2025 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (10/2025)
Tertinggi: RM643
Terendah: RM563
Purata: RM598.42
31-Okt: RM588⬆️
30-Okt: RM585⬆️
29-Okt: RM583⬇️
28-Okt: RM587⬇️
27-Okt: RM607⬇️
26-Okt: RM609➖
25-Okt: RM609⬇️
24-Okt: RM612⬆️
23-Okt: RM598⬇️
22-Okt: RM613⬇️
21-Okt: RM643⬆️🔝
20-Okt: RM629⬆️
19-Okt: RM628➖
18-Okt: RM628⬇️
17-Okt: RM632⬆️
16-Okt: RM625⬆️
15-Okt: RM612⬆️
14-Okt: RM606⬆️
13-Okt: RM605⬆️
12-Okt: RM593⬆️
11-Okt: RM591➖
10-Okt: RM591⬇️
09-Okt: RM595⬆️
08-Okt: RM583➖
07-Okt: RM583⬆️
06-Okt: RM576⬆️
05-Okt: RM571⬇️
04-Okt: RM572⬆️
03-Okt: RM563➖
02-Okt: RM563⬇️
01-Okt: RM571⬆️
Analisis Harga Emas

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.
Artikel berkaitan/bulan ini:
(Video) 6 faktor kenaikan mendadak harga emas & perak:
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Oktober 2025:
16 Okt: Dalam setengah bulan Oktober 2025 sahaja, harga emas pecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak 7 kali!
Nilai dolar AS sudah hilang sekitar 50% dalam 3 tahun
Pasaran saham menjunam, Pasaran kripto menjunam, Pasaran emas naik
Ini adalah signal luar biasa tuan-puan sekalian. In fact, ada pakar kata, ini baru permulaan!
28 Okt: Selepas turun mendadak minggu lepas, harga emas terus mengalami tekanan jualan teknikal awal minggu ini, kini di bawah paras $4,000 per auns.
Walaupun pasaran kekal dengan jangkaan harga akan naik jangka panjang, penganalisis memberi amaran bahawa harga mungkin bergerak lebih rendah dalam masa terdekat ini.
29 Okt: Kenaikan emas belum selesai: Tinjauan LBMA menjangkakan harga emas akan hampiri paras $5,000 dalam 12 bulan
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2025 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan November 2025?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.



