Harga emas minggu ini menyaksikan beberapa siri kenaikan dan penurunan mendadak. Berikut 3 faktor utama yang dikenalpasti telah memberi impak ke atas harga emas.
3 Faktor Utama Beri Impak Harga Emas Minggu Ini
#1 Ketegangan Geopolitik & Perang Rusia-Ukraine
Harga emas melonjak tinggi di awal fasa perang Rusia-Ukraine dan telah menghampiri harga emas tertinggi dalam sejarah.
Minggu ini permintaan logam berharga ini kembali meningkat, mencatatkan keuntungan dua digit kerana keadaan yang tidak menentu membuatkan pelabur melihat aset komoditi seperti emas, paladium, perak dan platinum.
#2 Data Inflasi Yang Semakin Membimbangkan
Data inflasi terus meningkat sehingga ke paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun, pelabur memilih aset komoditi seperti emas dan perak sebagai perlindungan terhadap kenaikan harga pengguna.
Penganalisis menjangkakan inflasi akan lebih teruk bulan depan dan mencecah dua digit.
#3 Keputusan FED Dalam Mesyuarat FOMC
Kenaikan kadar yang diunjurkan oleh pegawai Rizab Persekutuan minggu ini mewakili “tindakan mengimbangi” antara keperluan untuk mula menormalkan dasar monetari dalam menghadapi inflasi yang tinggi, sambil berwaspada terhadap pengetatan kredit yang cepat yang boleh merosakkan ekonomi.
Harga emas turun apabila permintaan untuk logam selamat itu berkurangan berikutan permulaan kitaran kenaikan kadar faedah A.S.
Selain itu, kebangkitan matawang US Dollar dan hasil bon AS menyebabkan harga emas kembali suram semula sebelum sempat.
Harga emas GAP Public Gold tahun 2022 sehingga 19 Mac 2022 menyaksikan beberapa siri naik dan turun harga emas:
Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita emas terkini.