Harga emas terus mencatatkan kenaikan susulan prestasi hambar yang dipaparkan matawang USD. Bukan itu sahaja, teruskan membaca
Emas telah mencatatkan keuntungan sejak 31 Januari berikutan tekanan yang kuat daripada peningkatan hasil dalam Perbendaharaan A.S. dan jangkaan pengetatan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan.
Ketika artikel ini ditulis, harga emas telah mencecah $1828 per auns. Ini berikutan pengetatan dasar monetari Rizab Persekutuan dan peningkatan hasil Perbendaharaan.
Prestasi hambar matawang USD dan ketegangan geopolitik di Eropah juga menjadi faktor harga emas mendaki.
Selain itu, data inflasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat juga dijangka melonjakkan lagi harga emas. Berdasarkan tahap inflasi semasa, Rizab Persekutuan (FED) menghadapi tugas besar iaitu bagaimana untuk memberi kesan sebenar ke atas tekanan inflasi tanpa mewujudkan penguncupan ekonomi yang besar.
Akhir Januari 2022 lepas, emas dilihat turun mendadak selepas pengumuman daripada mesyuarat FOMC.
Stay tuned di Telegram Emas2U untuk lebih berita emas terkini.
sumber: Kitco