Salah seorang customer saya bertanya samada dia perlu pajak atau jual emas miliknya kerana perlukan cash segera. Ini jawapan saya.
Soalan: Assalamualaikum tuan, Saya nak tanya, saya perlu nak guna duit sedikit so need cash. Better untuk saya pajak atau jual gold dalam 5 dinar? And di mana saya boleh lakukan?
Jawapan saya:
Ikut keperluan dan keadaan seperti berikut puan:
1. Jika jual, puan akan dapat nilai harga semasa – spread. Emas let go terus, cash dapat.
2. Jika pajak, puan akan dapat lebih kurang 70-80% (ikut Ar-Rahnu). Puan dapat cash, seperti pinjaman, puan perlu bayar semula setiap bulan selama 6 bulan. Habis bayar, dapat semula emas tersebut.
Now, nak pilih no 1 atau 2? Lihat kondisi puan;
Pilih no 1 jika
i. Perlu wang segera, tidak yakin untuk komit secara bulanan
ii. Pendapatan/pekerjaan terjejas akibat pandemik
iii. Perlu utamakan kelangsungan hidup terlebih dahulu
Pilih no 2 jika
i. Boleh komit bayar semula selama 6 bulan untuk dapat semula emas tersebut
Di mana boleh pajak?
Di kebanyakan Ar-Rahnu biasanya terima, antaranya Bank Rakyat (up to 80% marhun), Pos Ar-Rahnu atau Public Gold sendiri. Fahami terma terlebih dahulu sebelum pajak.
Di mana nak jual?
Boleh jual semula di Public Gold atau mana-mana kedai emas.
Saya sendiri beli emas Public Gold, bayar cash on the spot.
Selain jawapan saya, ada pendapat dari rakan dealers Emas2U yang juga boleh dipertimbangkan:
“Better pajak dulu kalau nak cash sedikit. 2-3 bulan tebus balik”
– Zamri Che Ani
“Jawapan tu memang bernas. Itu formula yang kami pakai. Arrahnu kalau yakin boleh bayar balik dalam masa 6 bulan. Jika tidak mampu, jual sahaja. Beli dan kumpul sahaja.
Saya pernah kenal seseorang yang hanya bayar upah simpan sahaja bertahun2. Saya rasa itu kerugian”
– Dr Rosmiah
Arrahnu memudahkan pinjaman modal bagi yang ingin modal segera kerana ia cepat dan mudah . bagi orang bisnes Arrahnu adalah peluang mudah jika ada simpanan emas..
– Abdul Hamid
Semoga jawapan-jawapan di atas membantu anda memilih samada hendak jual atau pajak emas apabila perlukan cash.
Artikel berkaitan: