Anda sedang mencari pembiayaan wang segera melalui pajakan emas? Boleh cuba Pajak Gadai-i Bank Rakyat. Nilai marhun sehingga 80%. Ini cara dan kelebihannya.
Pajak Gadai-i menawarkan pembiayaan tunai segera dan mudah sehingga RM350,000 dengan kadar keuntungan yang rendah berdasarkan prinsip Syariah.
Konsep yang ditawarkan adalah
- Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq)
- Rahn
Siapa yang layak pajak emas di Pajak Gadai-i Bank Rakyat?
- Pelanggan individu.
- Warga negara Malaysia / bukan warga negara Malaysia / penduduk tetap.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Tidak muflis.
Syarat Barang Gadaian
TERIMA:
- Semua barangan kemas/emas KECUALI barang gadaian yang berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup
- Barang kemas berbatu (yang mempunyai batu)
- Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan
- Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
- Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan
- Mutu emas antara 22 hingga 24 karat
- Berat tidak melebihi 300 gram
Jumlah Pembiayaan
- Maksimum margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
- Jumlah pembiayaan sehari/ terkumpul sehingga RM350,000
- Jumlah pembiayaan sehari untuk emas geronggang adalah sehingga RM30,000
Had Pembiayaan
Sehingga 80% daripada nilai barang gadaian (Nilai Marhun) bagi Pelanggan Baharu / Pelanggan Sediaada.
Tempoh Pembiayaan
18 bulan
Cara Pembayaran
Jumlah Keuntungan perlu dibayar sebelum/pada Tarikh Matang Keuntungan ”due profit date” setiap enam (6) bulan
Jumlah Keuntungan | Pertama(6 bulan pertama) | Kedua(6 bulan kedua) | Ketiga(6 bulan ketiga) |
Tarikh | Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan» | Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan» | Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan» |
Jumlah Pembiayaan beserta Jumlah Keuntungan ketiga / terakhir (6 bulan ketiga) hendaklah dibayar penuh sebelum/pada Tarikh Matang Pembiayaan
Jumlah Pembiayaan | Pertama(6 bulan pertama) | Kedua(6 bulan kedua) | Ketiga(6 bulan ketiga) |
Tarikh | NA | NA | Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan» |
Kadar Keuntungan
- Kadar Keuntungan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
- Kadar Keuntungan adalah seperti berikut
Nilai Marhun (RM) | Kadar keuntungan setiap RM100 Nilai Marhun Sebulan (RM) |
< 500 | 0.60 |
≥ 500 – 5,000 | 0.75 |
≥ 5,000 – 10,000 | 0.80 |
> 10,000 | 0.85 |
- Formula pengiraan jumlah keuntungan CPR (Contractual Profit Rate) bagi Pajak Gadai-i: a = b x c/100 x d
- CPR = a
- Nilai marhun = b
- Kadar Keuntungan = c
- Tempoh gadaian = d (Nota: Tempoh gadaian adalah berdasarkan bilangan hari)
Fi & Caj
Tiada
Helaian Pendedahan Produk
Kadar yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 Februari 2020. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Muaturun Helaian Pendedahan Produk.
Semoga bermanfaat!
Nak simpan emas? Boleh PM saya anytime
sumber: Bank Rakyat