,

5 Idea Bisnes Segera Semasa PKP. #1 Paling Senang.

Jika anda termasuk dalam golongan yang terjejas akibat PKP, semoga anda tabah dan kuat. Faham. Tidak mudah untuk hadapi ujian begini. Jangan give up ok? Di sebalik krisis, ada peluang lain insyaAllah. Ini 5 idea bisnes segera yang anda boleh lakukan sesuai ketika PKP. Semoga membantu.

idea bisnes pkp

1. Buat Bisnes Dropship

Yes, perniagaan dropship diletakkan di tangga pertama. Dropship merupakan cara paling senang nak mula buat bisnes tanpa modal. Dan paling best, boleh mula segera dan tak perlu beli stok!

Anda boleh buat 100% online dan anda tak perlu bayar kos stok sehingga stok tersebut terjual. Then dapat komisyen bersih dari jualan.

Banyak bisnes dropship di luar sana yang anda boleh mulakan sekarang. Emas2U juga ada menawarkan konsep dropship yang sama di sini.

2. Jual Makanan & Minuman

Dalam musim PKP, industri makanan dan minuman merupakan antara bisnes yang paling banyak permintaan. Setuju?

Boleh fokus pada satu menu sahaja. Contohnya burger. Kemudian letakkan sasaran pembeli. Banyak platform media sosial percuma yang anda boleh gunakan untuk tujuan promosi dan broadcast mesej.

3. Buat Servis Runner

Dalam tempoh PKP, penghantaran barangan telah meningkat apabila lebih ramai orang memilih untuk membeli secara online.

Tidak terhad kepada servis runner makanan, anda boleh mulakan servis menghantar barang, dokumen, dan sebagainya!

Anda boleh menyertai syarikat penghantaran seperti Grab, Lalamove, Ninja Van dan sebagainya.

Anda juga boleh deal dengan kedai-kedai berhampiran untuk jadi runner mereka untuk menyasarkan penghantaran ke kawasan berdekatan.

4. Ajar Tuisyen Online

Gunakan kepakaran anda dalam bidang ilmu agama, matematik, seni dan sebagainya untuk memberi manfaat kepada ramai orang, secara online!

Anda boleh mulakan kelas atau webinar kepada pelajar sasaran. Melalui platform seperti Zoom, Google Meet dan Skype, anda boleh menjalankan kelas tuisyen dengan mudah tanpa keluar rumah.

5. Review Produk Di Media Sosial

Jika anda seorang yang selesa bercakap depan kamera dan kreatif menghasilkan video, ini peluang untuk ketengahkan skill anda.

Melalui platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok, anda boleh buat review produk bisnes-bisnes di luar sana dan mendapat bayaran.

Modal mula? Handphone anda.

Semoga 5 idea di atas membantu anda untuk jana pendapatan dan semoga semua urusan anda dipermudahkan. Amiin

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158