Beli emas Public Gold secara online tanpa perlu ke cawangan. Guna khidmat pos berinsurans. Follow 2 cara mudah ini.
Dalam situasi pandemik yang memaksa kita untuk menghadkan pergerakan, banyak perkara yang terpaksa ditangguh dan dibatalkan.
Termasuklah niat kita untuk membuat simpanan emas. Nak ke cawangan untuk collect emas pun bukan main panjang queue.
Bagi menyelesaian masalah ini, Public Gold telah mengambil inisiatif mewujudkan servis pos ke rumah berinsurans. Ini memberi kelegaan yang besar kepada penyimpan emas.
Mereka hanya perlu order di laman web dan tunggu emas tu sampai ke rumah dengan senyuman. Macam order pizza je!
Alright, ada 2 cara mudah untuk buat order, yang pertama, order emas dan simpan dalam akaun emas (sesuai jika tak berani simpan sendiri di rumah. Yang kedua, order emas fizikal dan pos ke rumah terus. Saya explain satu-satu okay 😀
Cara #1 – Order Emas Online & Simpan Dalam Akaun Emas
Di Public Gold, ada servis akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) di mana kita boleh simpan dalam akaun tanpa sebarang caj simpan!
Saya pernah belanja 21 Kelebihan Program GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Memang best.
Tapi kalau nak order emas GAP, kena daftar dulu tau. Whatsapp admin Emas2U untuk pendaftaran. Free je.
Video tutorial cara jual/beli akaun GAP (3:42 minit):
Guna FPX lebih mudah, auto masuk sistem. Update: Tiada lagi caj RM1 untuk fungsi FPX 🙂
Cara buat pembelian emas GAP/silver SAP
1. Login di https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login
2. Klik Menu >> MY GAP >> Klik Go To New Site
3. Klik Purchase
4. Pilih FPX
5. Pilih GAP/SAP, masukkan nilai RM atau gram
6. Proceed dan pilih bank untuk pembayaran
Cara #2 – Order Emas Fizikal & Pos Ke Rumah
Bagi pembelian emas fizikal, anda juga perlu daftar sebagai ahli terlebih dulu. Sama stepnya seperti akaun GAP, whatsapp admin Emas2U untuk pendaftaran. Bila dah dapat PG Code, then anda dah boleh order. Let’s go!
Cara order emas fizikal/EPP:
1. Pilih item di https://publicgold.com.my/index.php?route=product/category&path=1
2. Add to cart
3. Proceed to next page (kena login)
4. Pilih full payment, atau tukar EPP untuk ansuran
5. Submit order
Siap! Anda hanya perlu tunggu di rumah dengan senyuman. Senang je cara beli emas Public Gold online 😀
Selepas pembelian pertama melalui Emas2U, anda akan dimasukkan ke dalam group Telegram Emas Kini untuk bimbingan penuh. Semua ilmu, update dan persoalan emas share dalam tu ?
Ada yang tak faham? Boleh roger admin Emas2U. Anytime ok.