, , ,

Krisis Ekonomi: Ini Langkah Pertama Yang Anda Perlu Lakukan!

Emas2U – Keadaan ekonomi sekarang menunjukkan tanda-tanda akan berlaku krisis yang serius. Ada juga pakar meramalkan, selepas tempoh PKP, keadaan akan semakin teruk. Apa yang boleh kita buat untuk “survive” dari situasi ini? Ini jawapan pakar

Dalam sebuah video yang tular di media Whatsapp baru-baru ini, seorang pelabur pasaran bebas, Alessio Rastani menyarankan apabila berlaku krisis ekonomi, langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah lindungi aset-aset kita!

Cara Lindungi Aset

Ada beberapa cara menurut pandangan pakar, paling mudah ialah dengan melakukan saving dari sekarang. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 sepatutnya diambil peluang untuk buat panic saving, bukannya panic buying. Sebaiknya dalam bank ada 6 bulan gaji sebagai persediaan krisis ekonomi ini. Ada tak?

Selain itu, lindungi aset kita dengan membuat simpanan emas. Kenapa? Sebab nilai emas selalunya berkadar silang dengan matawang. RM turun, emas naik. Dan emas juga kalis krisis ekonomi. Nilainya sentiasa tinggi malah mungkin akan naik tinggi walaupun keadaan ekonomi parah. Mula simpan emas sekarang, follow step mudah di sini.

Video: Ini Langkah Pertama Yang Anda Perlu Lakukan

Krisis Ekonomi: Ini Langkah Pertama Yang Anda Perlu Lakukan!

Posted by Emas2U.com on Isnin, 13 April 2020

Kejatuhan Ekonomi Menekan Nilai Mata Wang

Ini memang prinsip ekonomi. Pandangan dan cadangan beliau ini berasaskan disiplin, prinsip dan teori ekonomi. Kejatuhan ekonomi akan menekan nilai mata wang. Adalah amat perlu difahami kejatuhan ekonomi sekarang ini bukan dari faktor trade yang lemah tetapi ianya akibat faktor dari wabak. Kelemahan perdagangan atas asas faktor-faktor biasa memang normal dan memang telah dan boleh dijangkakan berbanding kejatuhan ekonomi akibat dari wabak penyakit yang sukar diramal bila tempoh masa diambil untuk pulih bergantung kepada kekuatan ekonomi sesebuah negara termasuk simpanan rizab negara sebelum ini.

Banyak negara tahun ini dijangkakan KDNK berkemungkinan diramalkan 0% @ negatif 0% dan ini akan memberi kesan ke atas inflasi. Sekiranya kenaikan inflasi melebihi 4% maka ini bermaksud kuasa membeli @ purchasing power pengguna akan jatuh dan seterusnya akan merendahkan lagi nilai mata wang (teori demand and supply).

Dalam keadaan sekarang juga negara tidak lagi mencapai GDP iaitu guna tenaga penuh yang optimum di bawah 4% disebabkan isu pemberhentian pekerja sektor swasta. Apabila GDP melebihi angka 4% bermakna pengangguran semakin meningkat dan ianya tidak baik utk pembangunan ekonomi sesebuah negara. Pernah negara kita GDP mencapai melebihi 10% pada tahun 1997-1999 akibat kemelesetan ekonomi.

Itu dulu tetapi sekarang kejatuhan ekonomi akibat faktor wabak penyakit yang tidak pernah terjadi sebelum ini memberi kesan serentak di seluruh dunia. Semua negara sedang mencuba survival dan cuba keluar dari kemelut ini secepat mungkin. Lebih lama masalah ini tidak diselesaikan maka lebih lama akan mengambil masa untuk pulih.

Dalam keadaan sekarang apa yang perlu dibuat ialah kita perlu melakukan panic saving dan bukannya panic buying. Simpanlah sebanyak mana wang yang ada terutamanya dalam bentuk emas kerana nilai emas dan wang selalunya akan bersilang dan tidak bertindak seiring.

Kejatuhan nilai mata wang akan meningkatkan nilai emas. Ini memang asas ekonomi yang perlu kita tahu. Simpanan emas sedia ada jangan dicairkan sehingga di saat betul-betul memerlukan kecairan tunai.

Emas ini ibarat perisai yang dapat menahan dan melindungi diri kita dr serangan ekonomi global yang tidak menentu. Sekiranya masih ada lebihan kecairan tunai buatlah pembelian emas sekarang walaupun jumlah berapa berat sekalipun. Kita tidak tahu apa akan jadi selepas tempoh 6 bulan. Bagaimana keadaan ekonomi negara kita lepas ni tiada siapa yang tahu. Kita sedia maklum dalam tempoh 6 bulan ni semua bank-bank telah menangguhkan semua bayaran dsb. Oleh itu ambillah kesempatan ini untuk menyimpan sebaik mungkin kerana mungkin tiada peluang kedua seperti ini selepas ini.

Simpanan emas menjamin masa depan.

Hubungi saya untuk mula miliki emas

Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
012-230 2158
Emas2U.com | EBook Emas A-Z (Percuma)

sumber: Pandangan sahabat saya En Syed


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>