7 Tanda Anda Sudah Jadi Mangsa Scam | Hari ini sesiapapun boleh jadi mangsa scam. Anda mungkin berkata “Ini takkan berlaku kepada saya” atau “Macam mana dia boleh terjerat dalam perangkap seperti ini?” namun hakikatnya, masih ramai di luar sana yang begitu mudah terpedaya dengan pujuk rayu scammer.
Banyak jenis-jenis scam di Malaysia yang patut anda (dan orang tersayang) ketahui, antaranya;
- Scam Kerja Part Time
- Scam Barang Ori Harga Mampu Milik
- Scam LHDN
- Scam KWSP
- Scam Tabung Haji
- Macau Scam
- Scam Pinjaman Peribadi
- Scam Cinta
- Scam Parcel
- Skim Cepat Kaya, dan
- Scam Pelaburan
Dalam artikel akan datang, kita akan terjah setiap scam di atas, teknik dan modus operandi si scammer, dan bagaimana cara nak elak dari jadi mangsa. Join channel Emas2U di sini untuk dapat update.
Macam mana nak tahu tanda-tanda anda dah kena scam. Banyak bukti jelas, tapi kami kongsikan 7 tanda paling kerap mangsa terima.
7 Tanda Anda Sudah Menjadi Mangsa Scam
#1 Bayaran telah dibuat, tapi sampai ke sudah tak terima barang – Hati-hati bila buat pembelian secara online, make sure anda membeli dari platform yang dipercayai, buyer mempunyai reputasi dan rate yang tinggi dan positif.
#2 Scammer gagal dihubungi – Selepas jadi mangsa, anda cuba menghubungi si penipu tapi tidak dijawab dan malah tidak boleh dihubungi.
#3 Anda diblock oleh scammer – Whatsapp satu tick, Facebook tak jumpa contact, Call tak dapat-dapat merupakan tanda-tanda jelas anda sedang kena scam. Di peringkat ini anda lebih yakin bahawa anda sudah menjadi mangsa.
#4 Baki simpanan akaun bank tiba-tiba berkurang – Ini bahaya, boleh jadi kad kredit anda telah disalah guna, atau anda pernah terisi form yang meminta id dan password bank anda. Nampak mustahil? Dah ramai terkena, ini contoh kes sebelum ini:
#5 Sistem tak boleh diakses dan kerap ‘under maintenance’ – Hati-hati bila sampai level ni. Cepat-cepat ambi tindakan keluarkan simpanan anda yang masih berada dalam sistem tersebut sebelum website atau sistem tersebut tiba-tiba hilang. Printscreen sistem jika perlu, boleh dijadikan bukti bila nak buat aduan nanti.
#6 Tiada alamat pejabat, servis 100% online – Ini cara kebanyakan scammer bertindak. Anda boleh hubungi mereka secara online tetapi tidak tahu lokasi sebenar mereka.
#7 Pulangan yang dijanji tidak terima – Pelaburan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat biasanya akan memberi pulangan kepada pelabur-pelabur terawal, dengan tujuan menarik lebih banyak mangsa untuk membuat pelaburan. Jika anda tidak terima pelangan yang dijanjikan, boleh jadi anda berada dalam golongan pelabur-pelabur terkemudian. Masa terkena mungkin dah agak lewat, si scammer mungkin sudah lari ke luar negara atau sudah tidak boleh dihubungi!